Showing posts with label Cooking Show Time. Show all posts
Showing posts with label Cooking Show Time. Show all posts

PRAWN WITH BROCOLI

Salam Alls ;)




Bahan-bahan

Udang (Di goreng separa masak)
Bawang Putih
Sos Tiram
Brocoli, Capsicum
Hirisan bawang merah
Cukup Rasa
Minyak utk menumis

Cara membuat

1. Panaskan minyak & tumiskan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan udang yang telah di goreng separa masak, gaul bersama cukup rasa & sos tiram.

3. Masukkan sayuran spt brocoli, lada capsicum & hirisan bawang besar

4. Agak2 sayur tu dah lembut,bolehla tutupkan api..


Resipi saya memang simple utk owang-owang yg sibuk bekerja,balik rumah tuw hanya luangkan beberapa minit saja masa di dapur untuk memasak buat kaum keluarga anda :)
3

Lala Masak Cili Kering

Salam Ladies ^____________^


Minggu nie merupakan minggu entry yang penuh dengan resipi i nak hupdate..So, i akan share resipi masakan i dari masa ke semasa....Memasak ni seronok tau :) sebab lagi puas hati dapat makan, hasil masakan yang kite sendiri masak.Nak-nak tengok En.Hubby makan sampai bertambah, lagila rasa berbaloi memasak ..Baiklah, today i nak share plak resipi 'Lala Masak Cili Kering'.. Kalau rasa- rasa nak cuba buat, bolehla jenguk resipi kat bawah yer :)




BAHAN-BAHAN

5 ulas bawang merah + 2 ulas bawang merah ] - di tumbuk/
Cili Kering ] di blend
2 batang serai ] di potong serong
Cukup Rasa
Gula + Garam + Sos Tiram
Minyak Masak utk menumis
Daun Ketumbar/Patchi
1 Kg Lala


CARA-CARA MEMBUAT

1. Panaskan minyak & tumiskan bawang merah + bawang puteh sehingga naik bau
2. Masukkan cili kering yang telah di blend, tumis sehingga garing
3. Masukkan lala, serai,cukup rasa, sos tiram , garam & gula secukup rasa & gaul sebati
4. Agak2 kulit lala tu dah terbuka, masukkan daun patchi sbg hiasan :) & bolehla tutupkan api..

Simple jek kan :)Hhehehe, memang masakan saya mudah-mudah saja & ekpress utk dibuat.Lala masak cili kering ini juga merupakan fav makanan en.hubby saya..Selamat mencuba!
2

Masak Lemak Ikan Keli Salai Belimbing Besi

Salam ladies,,

Heeeeee,,today i nak share lagi resipi terbaru iaitu " Masak Lemak Cili Padi Ikan Keli Salai dengan Belimbing Besi..:)Maskan nie bukanlah masakan orang negeri Kelantan, tp yang mana best i cuba jek :) So u'olls yg mana dah kecur air liur tengok masakan i nie, apa lagi cepat-cepat mencuba k :)



BAHAN-BAHAN

5,6 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup           } tumbuk pkai lesung lg best/klu mls blend jek
4,5 cili kering
Ikan Keli yang telah di salai separak masak di atas api
Santan
Garam Kasar/Gula
2 keping Asam Gelugor
Belimbing Buluh ] di belah 2 & direndam di dlm air garam

CARA-CARA MEMBUAT

1.Lepaskan bahan yang di blend/tumbuk bersama santan & cili padi, api perlahan & kena kacau selalu utk mengelakkan santan tu berketul..

2. Agak2 dah gelegak, masukkan asam keping, garam kasar + gula bersama ikan keli yang telah di salai..

3. Last sekali baru masukkan belimbing besi,,make sure belimbing besi tuw dah diperah slps di rendam dgn air garam bertujuan utk mengelakkan kuah terlalu rasa masam sb sy dah masukkan asam gelugur sekali..

4. Agak2 belimbing tu dah kecut, bolehla tutupkan api..

Resipinya mudah sahaja :)
2

Percubaan pertama buat 'CARBONARA SPAGETTI"

Salam Ladies ;)

Today i nak shared resipi percubaan pertama i iaitu "CARBONARA SPAGHETTI' buat nie pun atas request dari my hubby katanya nak makan spagetti kuat puteh mcm makan kat Fishmanhatan tempoh hari..ooooooooo baru i tau rupanya Carbonara Spagetthi..Hiiiihi ;D So setelah mintak dengan geng-geng biz partner EVERLYNN resipi nie..balik je rumah terus pum pamg pum pang kat dapur bagai akhir siaplah jugak resipi percubaan pertama i nieh..Maaflah gambar tak berapa nak cantik, sebab guna blackberry sahaja..


'CARBONARA SPAGHETTI MUSHROOMS - kisah lina"


Beza spaghetti bolognise dengan carbonara adalah di kuahnya yang mana sos bolognise lebih kepada sos tomato & biasanya ada meatball.Carbonara ini die punya lauk-pauk lain sedikit sebab saya gunakan udang :)So below merupakan cara-cara memasak ..Bolehla mencuba mudah aje cik puan sekalian..Anak-anak kembar saya pun seronok melayan sampai habis 1 pinggan sorang ;)

BAHAN-BAHAN

1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)

1 tin sos carbonara mushroom
Sedikit isi ayam atau daging(ja guna yang kisar punya)

Udang ( jika mahu, kalau taruk lagi best)

bawang putih + bawang besar cina (cincang)

mushroom butang (dihiris)

1/2 cawan susu segar

sedikit mozarella cheese

brocoli hijau ( di celur asing)

rempah ratus daun bassils kering

Garam secukup rasa

black pepper

minyak olive

CARA-CARA

  • macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
  •  tumiskan bawang putih dan besar tadi. dah naik masak masukkan daging + ayam kisar  & udang tadi. sampai agak2 dah masak.
  • masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan lauk pauk tadi sehingga sebati.
  • nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim & juga mozarella cheese.
  • masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
  • letakkan garam sedikit, black pepper & rempah ratus sebagai penambah perisa.
  • untuk hiasan letakla brocolo hijau sekiranya mahu sebagai hiasan..
5

Asam Pedas Buatan Sendiri ;)

Heyy ladies,,,

Lama betul tak sharing maring pasal resipi masakan buatan sendiri.Keadaan diri agak tidak berapa nak stabil, banyak sangat aktiviti hidup untuk tahun 2012.Sampaikan dapur pun dah lama tak berasap.Pinggang mangkuk periuk belanga,, agaknya dah lama merajuk ..

Dek kerana rasa teringin nak makan asam pedas melaka (sila jangan sila paham yerr, belum sampai masa untuk mengandung lagi ;D) lepas sahaja balik dari kerja penatnya nak mencari daun kesum dekat pasar petang,, nak-nak pula bukan hari minggu,,Naseb baik jumpa..Jadi lepasla hajat kempunan nak makan Asam pedas ikan kerisi merah yang tak berapa nak menjadi sebab banyak bahan yang tak complete mcm kacang bendi & bunga kantan..Apepun i loike sebab hasil air tangan sendiri.Ok, Kalau nak lagi best guna ikan pari lagi best..apakan daya mana nak mencarik petang-petang bukan hari minggu nie..

Setelah berperang bagai dekat dapur,, inilah hasilnya asam pedas buatan sendiri tidak menyerupai & semarvellous asam pedas  Melaka, takpew janji En.Husband makan bertambah-tambah ^_____________^ Nak kata asam pedas pun tak jugak,, belah2 luar dipanggil masak pindang kan, kan???


Resipi mudah main campak aje.Budak sekolah darjah 3 pun agak-agak pandai buat ;)Rasa-rasa nak cuba bolehlah try resipi saya nie..

Bahan-bahan :

3 Ekor Ikan Kerisi Merah
5/6 ulas bawang merah di blend
6/7 tangkai cili kering di blend
1 inci halia di blend
1 inci kunyit hidup di blend
4 Asam Keping
2 sudu air asam jawa
4 biji tomato
Daun Kesum
Secubit belacan
Kacang Bendi (jika ada lagi sedap,,)
Bunga Kantan ( jika ada lagi sedap)
Garam/Gula Secukup Rasa


Cara pembuatan :

Panaskan api..

Semua bahan blend tadi tu dimasukkan bersama air..Tunggu sampai air rebusan menggelegak

Kemudian masukkan ikan, daun kesum, bahan perasa & buah tomato

Agak2 ikan tu dah masak, bolehla tutupkan api..

Mudah saja kan ;) yerrr asam pedas saya buat ni tanpa menumis dengan minyak,, bukan aperrr sila kurangkan kolestrol & jaga pemakanan dari sekarang!!!errrr senang citer sebenarnya tak pandai masak resipi asam pedas dari melaka punyer..Siapa owang Melaka cpt angkat tangan,, heeeeeeeeeeee.sila berkongsi asam pedas dr sanerr ;) Saya nk try masak!
5

Makan-makan sambil bergossip ;D

Salam Alls ^___________^

Entry dah siap-siap dari semalam before nak tidur, tunggu masa nak published pagi ini.Masih dalam mood hari raya kan sebab masih dalam bulan Syawal.Heeee.Sehari yang lepas, my member datang lepak-lepak kat rumah sambil nak beli skincare. I macam biasalah, walaupun member,, tetamu tetap tetamu jadi mesti ada saja yang hendak dihidangkan & dijamukan.Tetamu datang rumah wajib kena jamu dengan makanan yang sedap-sedap walaupun i masak tak seberapa mana. Seperti biasa kalau takder gambar nak ditempek kat setiap entry, rasa macam tak lengkap plak ;p

Sesi berphotogedik












1

Suami makan bertambah-tambah bila..

Salam,

Sorryyyyyyyyyyyyyyy sangat-sangat sebab macam dah lama belog ini tak berhupdate..;) Agaknye dah penuh labah-labah yang bersawang kt my belog.hihih.Okai pertama2 nya  sekali i nak wish 'Selamat Hari Ibu' bagi ibu-ibu di luar sana ;)En.husband u'olls bagi hadiah ape..???sure dapat rantai emas sebijik kan x pun pergi candle dinner kan? ;p..Heheheh ;p

Baik kite terus ke topik utama.cakap panjang-panjang pun tarak guna..Hiihi.oleh disebabkan my dapur dah lama tak berasap,, terasa jugak i nak berperang dengan periuk belanga.Nanti kang, tak pasal-pasal periuk belanga i merajuk.Hahaha,. ;p Okai i ada buat 4 menu untuk lunch hari minggu semalam.Tapi 3 menu jek i upload, sebab menu 1 lagi ' Khailan Ikan Masin' tuw dah biasa sgt i upload.

So, entry kali nie dah sharing-sharing menu yang i masak okayh! Kalau nak resipi menu rujuk i punye facebook, i ada share resipi kat situ secara ringkasnya.So sila scroll down untuk tengok menu apakah yang i masak....

-
-
-
-
-
-


TOMYAM CAMPUR


LALA MASAK KERING


DAGING BLACK PEPPER


Haa tu dia,,3 menu simple yg i masak last saturday..i memang puas hati sangat lah..bila i masak en.suami makan bertambah-tambah .......mana taknya bini die masak sodap!!(hahahaha..angkat bakul sendiri lah u niehkan Lina ) - ada aku kesah????

Okay..!!I malas nak membobel panjang.Saja nak panaskan belog yang dah lama sejuk beku nie sebab semenjak 2 nie i memang tak sempat sangat nak menghadap intenet..Oklah guys!!Sampai snie dulu...Nyte!
10

Kerabu Sotong - dari dapur Mrs. Lynna

Salam Maulidur Rasul semua,,


Macam biasa i neyh suka masak untuk my hubby kalau ada kelapangan..Cume time tak sempat & kepenatan, memang tapau jekla makanan kat mana-mana kedai..Okay semalam dulu, i ada masak my fav hubby punyer menu,, kalau time pergi makan kat luar mesti my hubby nak order khailan ikan masin, i plak kalau makan kat luar tak order kerabu sotong Siam memang tak sah.So, i nak share 2 menu yang i dah masak..Bila masak kat rumah, lagi puas sebenarnya sebab dapat makan banyak..hihihih ;p



1. Khailan Ikan Masin


Menu neyh, i bid ramai yang dah tau kan cara nak membuatnya..So, i skip jekla ek untuk resipi ini.Sure u'olls semua dah pandai kan nak masak khailan ikan masin yang paling senang ini


2. Kerabu Sotong Siam

Yang nieh,,, i ada upload semua menu yang i masak kat my fb..So tak sangka plak, ramai sangat my friendlist kat fb yang request mintak i sharedkan resipinya ..Baiklah u olls sekalian leh tengok resipi & cara membuatnya seperti di bawah...



RESIPI KERABU SOTONG SIAM

Bahan-bahan yang diperlukan -';

6 ekor sotong size sederhana (di rebus tidak terlalu lama)
4 batang serai di potong halus
2 biji tomato di potong dadu
beberapa kacang panjang dipotong halus
8biji cili api merah & hijau
3 sudu sos ikan(nampla)
2 biji asam limau nipis
daun saderi (jika mahu)
garam gula sebagai pahan perisa

Cara Membuatnya -:

1. Sotong yang telah di rebus tadi masukkan dalam mangkuk gaulkan dengan sos nampla..

2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas..

3. Perahkan asam limau ke atas bahan-bahan tadi..Gaul rata bersama garam dan juga gula..

4. Akhir sekali boleh dihias bersama daun saderi jika mahu..

Tu jek,, simple jek kan..Selamat mencuba ;)
17

bbq-ing with Mr.Hubby

\ Morning Alls,,

Selamat berhari minggu.....haa jangan ada yang masih tak bangun lagi tidur yerr..jam dah menunjukkan angka 9.......Bangun lewat, bak kata mama saya 'rezeki susah nak masuk'..hehehe ;p & satu lagi muka tu hilang serinya bila bangun lewat...hiihihh..ok skip bab membobel kat sini..

Just nak menempek momento semalam kat my belog, semalam i berbbq-ing with Mr.Hubby, kebetulan our little twin dah tidur awal,,maka mudah dan senanglah untuk kami berbbq-ing semalam..huuhuhh ;p berdua jek??Yerr,,berdua lebih baik kan..hihiihhi ;p

Layan gambar ;p




Susah nak dapat tau air asam buatan Mrs. Lynna neyh ;p



Alamak baru perasaan sebenarnya takder gambar kami berdua sedang berbbq maklumla saper yang nak jadik tukang amik gambar..hehhe.nak self snapping payah sebab pakai Dslr yang besar gedabak tuw.!Layankan jekla ek gambar-gambar kat atas tuw,yang pasti semuanya sodap belaka!;)
6

Char Kuey Tiaw Kelate klon Penang punyer mali

Char Kuey Tiaw Kelate punyer mali.HehEHE..Kalah Penang punyer tau ;D Kiddin..Baiklah,Hari-hari makan nasik, terasa jemu pulak tekak ini.Kebetulan sos char kuey tiaw ada kat rumah, apa lagi..Nielah hasilnya..



Udang XL Fresh baru naik dari laut yer..

Char Kuey Tiaw - Chef.Lynna


Saya punya stail masak yang simple,adik kakak semua boley try ;)

BAHAN-BAHAN

4 ulas bawang puteh + 2 Sudu besar Cili Giling (blend)
Udang Segar!
Sos Chaw Kuey Tiaw (Yang nieh memang di beli khas kat Penang)
Daun Kucai & Taugeh
1 biji Telur
Kuey Tiaw
Bahan Perasa - Garam

CARA PEMBUATAN ;D

1.Panaskan minyak, tumiskan bawang puteh & cili giling(yang telah di blend) smp kekuningan
2.Kemudian masukkan Udang sampai udang tu masak
3.Masukkan kuew tiaw, juga pecahkan sebiji telur dan terus masukkan 2 senduk sos char kuew tiaw beserta sedikit bahan perasa (garam)
4.Last sekali masukkan daun kucai dan juga taugeh.Takder 2 bende ni confirmmm memang tak jadi chaw kuey tiaw Kelate opps Penang ;p

XOXO!!!SELAMAT MENCUBA!
3

Resipi Gulai Ayam version Kelantan


Ramai yang request mintak nak resipi Gulai Ayam saya yang Gred C tuw. Baiklah, tanpa kedekut ilmu saya akan share..Menu yang lain-lain tuw bukan saya kedekut nak share resipi tapi saya ni jenis tak pandai nak karang-karang ayat cara-cara nk membuat heeeee ;p Okay kat bawah ni adalah Resipi Gulai Ayam Kelantan.Mungkin caranya tak berapa nak sama dengan cara masakan negeri lain.

Bahan-bahannya:

1.Ayam setengah ekor dipotong dan dibersihkan

2. Santan RM 1 ( saya tak pandai nak terangkan bab santan,cume pergi pasar cakap nak santan RM 1 ;P kat negeri luar mesti dah rega 2 hengget kan)

3. Rempah kari ayam 1 paket(kalau paket biasa brand Adabi) *macam saya, guna rempah kari dari Kelantan....tapi takpe, boleh je guna apa2 brand sekalipun....saya kalau terputus bekalan pun guna je rempah kari mana2*

4. Ubi kentang 4 biji

5.
# bawang merah besar(bawang India) 3 labu
# halia 1 setengah inci
# bawang putih 1 atau 2 ulas
# cili kering 5 tangkai direndam, dibersihkan

6. Rempah 4 sekawan(kulit kayu manis,bunga lawang, buah pelaga +++)

7. 2 asam keping

8. garam secukup rasa

9. Manisan/gula melaka secukup rasa

10. sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuat :

1.Mesin bahan yang bertanda # kemudian tumiskan kesemuanya sampai kekuningan, Kemudian masukkan rempah 4 sekawan. Dikacau-kacau sebentar sebelum diikuti dengan rempah kari yang telah dijadikan pes(campur sedikit air masak)Biarkan rempah betul2 masak.

2. Kemudian masukkan ayam, balik2kan biar bersalut dengan rempah di dalam periuk. Masak guna api kecil kalau tidak dikhuatiri hangit pula jadinya.Biarkan ayam kecut dan masak sebati...(Langkah ini orang Kelantan bagi gelaran "Mati Hawas ;p)
Masukkan asam keping.- Jangan masuk banyak-banyak asam nanti masam!!

3. Ok time untuk masukkan santan dan 'air masak'. Curahkan perlahan2 'air masak' di sekeliling bahan dalam tepi periuk bukan main masukkan kat tengah.Kemudian kacau santan dan air biar sebati.

4. Bila santan dah mula menggelegak, masukkan kentang.Wajib guna api yang kecil ketika proses ini berjalan dan kacaulah perlahan-lahan tanpa henti agar santan tak berketul.Last sekali masukkan bahan perasa garam dan juga sedikit manisan

5. Bila ubi kentang dah empuk, tutup api dah siap boleh dihidang ;)

Selamat Mencuba, Kalau tak faham tanya yerrrrrrr.Ayat saya mungkin berbelit-belit sedikit.Hehehe ;p
2

Cooking Show Time -Gulai Ayam

In english, you can say chicken curry, i guess. ;p


Mungkin resipi dan masakan saya tak sehebat Kak Hanieliza, Kak Nani Rostam, Mama Fami dan antara blogger lelain yang pandai masak.Nak jugak share resipi-masakan yang dah pernah saya cuba buat.Masakan bab-bab menggulai masih di gred C..hehehe ;p sebab rasa gulai ayam saya tak sesedap yang mama saya masak.Takpe takpe..bak kata orang "the more you practice, the better you will become" ;)
7

Sup tulang lembu, saya buat-ada sapa berani lawan??

Sup tulang saya buat sendiri,ada saper berani mau lawan?Hehehe ;p Gambar ini pun saya dah tak ingat di ambil bila.Kalau tak silap ini menu lunch time selepasnya hari raya haji.Maklumla lepas raya haji kan dpt banyak tulang & daging lembu.maka inilah hasilnya ;)

satu untuk saya ,satu untuk encik suami ;p


daging goreng kunyit


lala berlada masak kering


nota kaki tangan ; sila abaikan tikar mengkuang pelapik alas saya tu yg dah buruk sekian lamanya..saya dah tukar ganti tikar mengkuang yang baru yer..;p
20

pancake yg tak comel tapi sedap ;p



Maaflah pancake saya tak berapa nak comel n bulat..tapi rasanya sangat2 enak dan lembut.hehehe..Maklum acuan masih belum dibeli jadi macam tuler rupanya.Tadi pagi buat pancake sebagai breakfast untuk hari ini.

Cara nak buat???Senang saja..budak-budak darjah 1 pun boley buat .Hehe caranya : ambil secawan tepung segera pancake bancuhkan dengan susu segar dutch lady @ brand lain pun takper, kemudian taruk sebiji telur,add 2 sudu mentega/minyak & masukkan sedikit esen vanilla.Goreng dalam fry pan api sederhana minyak tak berapa nk banyak.Lepas tu angkat masukkan dalam microwave.

Yummy......Saya gunakan sos caramel from aunty anne & juga perisa choclate hersey..Bagi yang suka perisa honey,peanut butter @ kaya pun boleh juga..
9

Langgar Pantang

Langgar pantang.Sekali sekala buang tabiat dek kerana perut berkeroncong......!~Teramatlah lapar.Jadi intai-intai apa yang ada di dalam peti ais.Oh! Tetiba datang satu idea.Nak masak benda yang paling simple dan cepat dan mudah dimasak!Ini super saya pada malam ini.Jejarang sekali langgar pantang, apa salahnya ;Makan malam dah lebih time..hehehe..di harap perut tak membuncet dengan sengaja.!Nah kasi korang terliur di malam yang dingin ini.Iklan Mageeeeeee Sluprrrr si budak-budak AF pun tak sehebat ini tauu.hahah ;p

MAGEEEEEEEEEEEE SLURRPPP KETAM



Eh,eh..Apasal Entry Menu Makanan jek kebelakangan ini??Saja nak bagi korang semangat agar korang smua yang malas masuk dapur tu rajin-rajinkan tulang untuk memasak ;p
24

Entry Makan-makan!

Semalam kawan-kawan UITM En. Suami datang bertandang ke rumah untuk menyiapkan final project mereka...Pada mulanya En. Suami memberitahu saya untuk membeli kuih-muih & tapau makanan di luar saja untuk hidangan makan malam buat kawan-kawanya nanti..Tapi dah tetamu nak datang, apa salahnya saya menyediakan menu & memasak sendiri. Lagipun bahan-bahan dah tersedia di dalam freezer.Kali ini saya menyediakan 'Meehun Goreng Singapura' dan juga Longan Ices untuk hidangan tetamu saya nanti..

Lagi enak dimakan dengan taburan daun bawang, sup & timun batang


Dimakan dengan sambal kicap pedas lagi menyengat

Taruk lauk-pauk manyak-manyak lagi bestt!




Okeh..Puas hati sebab tetamu makan sampai licin ;)
8

homemade triffle

Ramai friendlist dimukabuku bertanya macam mana cara nak buat Triffle.Baiklah tanpa melengahkan masa saya cuba berkongsi resipi mudah untuk korang semua cuba.Ok la saya bagi resepi untuk triffle yang sangat senang nak buat ni..


Antara buahan-buahan dalam tin yang saya guna



Sos kastard lapisan paling atas dicampur dengan susu cair dan jugak sedikit esen vanilla & air buahan dalam tin


Lapisan paling atas



BAHAN-BAHAN :

1 swiss roll perisa vanilla
1 tin buahan campuran/fruit coctail
1 tin buah peach
1 tin buah strawbery
1 kotak jelly crystal ( tak kira brand apa pun boleh )


RESEPI UNTUK CASTARD :

1 tin susu sejat
1/2 tin air buah-buah dalam tin
3 sudu besar tepung kastard


CARA MEMASAK CASTARD

1. Panaskan susu cair dengan api sederhana
2. Masukkan castard yang telah dibancuh dengan secawan air
3. Masukkan air buahan dalam tin
4. Masukkan jugak setitik esen vanilla
5. Kacau perlahan-lahan sehingga 10-15minit dan tutup api

* Apabila dah suam sedikit baru dituang ke atas lapisan agar-agar jeli.

* Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul .

*Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard

CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :


1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 2 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek.Basahkan kek swill roll dengan air buah dalam tin.

2.Ambil separuh buah dalam tin dan tuangkan ke atas kek swill roll sehingga rata.

3. Bancuh jelly crsytal di atas api mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan ke atas lapisan swill roll yang telah ditutupi dengan buahan dalam tin tadi.

4. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan agar-agar jeli tadi dan biar sampai sos castard sejuk .

5. Habiskan kesemua buah dalam tin dan susunlah diatas sos castard tadi dan boleh dihiaskan dengan potongan buah strawbery dan peach didalam tin


Lapisan Triffle

- Paling bawah adalah kek swill roll yang telah dilapisi dengan buahan dalam tin.
- Lapisan ke dua di lapis dengan agar-agar jeli mengikut perasa kegemeran masing-masing.
- Lapisan atas sekali, adalah lapisan sos kastard dengan taburan buah peach dan jugak strawberry..

Dan hasilnya adalah seperti berikut-:

Tadddaaaaaaa.. Inilah Hasilnya

nota kaki : kalau letak whipped cream lagi best!!!!!


Haa dah siap pun sharing resipi ni, ape lagi jangan lupa buat yerrrrrrr!! ;)SELAMAT MENCUBA!

22

sila tahan perut anda!~

Sila tahan air liur dan juga perut anda pabila menatap menu-menu dibawah. ;)
Menyelerakan bukan??;p Nak dijadikan cerita, oleh kerana dah lama sangat dapur saya tak berasap..tetiba terasa rajin pula nak memasak..Jadi inilah hasilnya.Ya saya memang suka sangat masakan kampung!! :)


Ini nama dia syrup bandung loncong


Masak lemak lala/kupang


Ulam-ulaman untuk awet muda sentiasa ;p + budu (kalau tak mkn budu tak leh digelarkan anak jati kelantan yek)


ayam & ikan goreng


tu diaa.kita pny chef ;p

11

terbaik dr ladang!!!!


Melayan perasaan dengan masakan lagi best ;p Owait kali ini resipi masakan Pn. Lynna ialah 'Daging Goreng Black Pepper' ...........!!Terbaik dari ladang punyerlah..hehe.....Memasak untuk juadah berbuka puasa yang dah tinggal beberapa jek lagi..

tinggal beberapa hari jek lagi nak raya..Kejapnye masa berlalu...Baiklah,,Macam mana persediaan raya tahun ni kakak,adik abang pakcik makcik sekalian ;) Langsir baru dah tukar ke,,?Laman rumah dah abis sapu bersih-bersih ker??,Baju anak-anak,diri sendiri untuk suami dah ada ker, Macam mana pula dengan biskut, kueh raya?? dan yang last sekali duet-duet raya dah tukar ke??;p Teringat plak zaman kanak-kanak dulu kala..Time dapat duet raya tuwla part yang paling seronok......

Raya tahun ni tersangatla best..1st time raya sebagai seorang ibu ;) Raya dengan anak kembar saya.Pasti meriah rumah tok ma dan mama tok nya nanti .....Nanti kita sama-sama p kutip duet raya yek Danials..hehee.......Before terlambat saya nak wish awal-awal SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI buat para-para bloggers yang disayangi sekalian.Maap ada salap silap yek...0-0 Mana taula kot-kot korang ada tersimpan di dalam hati, ke aper2 ke andai ada salah silap tutur kata saya.Mintak maaf banyak-banyak ;)

SAMAT HARI RAYERRRRRRRRRRRRRRR ;)
5

aktiviti wajib hari minggu - Nasi Ayam

Aktiviti wajib hari minggu,mesti kene masak untuk juadah berbuka puasa!Seminggu sekali wajib suami kene rasa air tangan isteri die masak. ;p Kebiasaan hari sabtu adalah hari untuk saya memasak memandangkan hari-hari lain confirm memang tak sempat nak masak, sebab sampai kat rumah pun dah lewat, yelah balik kerja bergegas nak mengambil si kecil tu lagi ++ kepenatan badan tahap maksimun..Hari jumaat plak sama ada saya berbuka puasa di rumah emak saya atau di rumah mertua saya.Jangan tak tau,duduk senegeri ni pun kene sistem bergilir-gilir jugak ya barulah adil dan saksama..hehe.Baiklah kali ini saya mahu sharing is caring saya punya resipi.sedap punye woo!hahhaa."Ummi Lynna Chicken Rice"..

One day nanti, lepas dah pencen nanti bolehla saya bukak kedai makan Ummi Lyna Chicken Rice Shop..,sah laku punya..muahhaha..berangan la engkau Mek Jenin...







RESIPI :
Sup
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam yang telah di potong
3/4 ulas bawang putih
4/5 ulas bawang merah
1/2" halia
buah pelaga,bunga lawang & pelaga hendi (agak2 sendiri la ek)
stok ayam Knorr

Cara membuat :
Tumis kesemua bahan di atas menggunakan mentega/marjerin
Bila dah naik bau, masukkan air beserta ayam boleh juga tambah sedikit stok ayam
Garam secukupnya...
Biar gelegak sampai air ayam turun dan bolehlah tutup api (angkat ayam ayam dan toskan)

Untuk Bahan Perap Ayam(
Ambil ayam daripada sup tadi dan toskan, kemudian just tuang kicap manis dan juga sos ayam ke atas ayam) boleh di bakar/kukus/goreng terpulang kepada anda

Untuk Nasi Ayam
Basuh beras bersih-bersih, kemudian tanak nasi dengan air sup ayam tadi..

Sos Lada

Bahan-bahan:
10biji lada besar merah
2/3 ulas bawang puteh
1/4" inchi halia
cuka,garam dan gula

Bahan di atas ni, blend smua masukkan air sedikit

Sos Kicap

Just tambah kicap manis ke dalam lebihan dari perapan ayam tadi....

Ok.dah siap..Kalau tak faham, boleh tanya..kot-kot ayat saya kat atas terbelit-belit....Sebab saya tak reti betui nak susun ayatuntuk resipi .hahah ;D
9
Back to Top