Asam Pedas Buatan Sendiri ;)

Heyy ladies,,,

Lama betul tak sharing maring pasal resipi masakan buatan sendiri.Keadaan diri agak tidak berapa nak stabil, banyak sangat aktiviti hidup untuk tahun 2012.Sampaikan dapur pun dah lama tak berasap.Pinggang mangkuk periuk belanga,, agaknya dah lama merajuk ..

Dek kerana rasa teringin nak makan asam pedas melaka (sila jangan sila paham yerr, belum sampai masa untuk mengandung lagi ;D) lepas sahaja balik dari kerja penatnya nak mencari daun kesum dekat pasar petang,, nak-nak pula bukan hari minggu,,Naseb baik jumpa..Jadi lepasla hajat kempunan nak makan Asam pedas ikan kerisi merah yang tak berapa nak menjadi sebab banyak bahan yang tak complete mcm kacang bendi & bunga kantan..Apepun i loike sebab hasil air tangan sendiri.Ok, Kalau nak lagi best guna ikan pari lagi best..apakan daya mana nak mencarik petang-petang bukan hari minggu nie..

Setelah berperang bagai dekat dapur,, inilah hasilnya asam pedas buatan sendiri tidak menyerupai & semarvellous asam pedas  Melaka, takpew janji En.Husband makan bertambah-tambah ^_____________^ Nak kata asam pedas pun tak jugak,, belah2 luar dipanggil masak pindang kan, kan???


Resipi mudah main campak aje.Budak sekolah darjah 3 pun agak-agak pandai buat ;)Rasa-rasa nak cuba bolehlah try resipi saya nie..

Bahan-bahan :

3 Ekor Ikan Kerisi Merah
5/6 ulas bawang merah di blend
6/7 tangkai cili kering di blend
1 inci halia di blend
1 inci kunyit hidup di blend
4 Asam Keping
2 sudu air asam jawa
4 biji tomato
Daun Kesum
Secubit belacan
Kacang Bendi (jika ada lagi sedap,,)
Bunga Kantan ( jika ada lagi sedap)
Garam/Gula Secukup Rasa


Cara pembuatan :

Panaskan api..

Semua bahan blend tadi tu dimasukkan bersama air..Tunggu sampai air rebusan menggelegak

Kemudian masukkan ikan, daun kesum, bahan perasa & buah tomato

Agak2 ikan tu dah masak, bolehla tutupkan api..

Mudah saja kan ;) yerrr asam pedas saya buat ni tanpa menumis dengan minyak,, bukan aperrr sila kurangkan kolestrol & jaga pemakanan dari sekarang!!!errrr senang citer sebenarnya tak pandai masak resipi asam pedas dari melaka punyer..Siapa owang Melaka cpt angkat tangan,, heeeeeeeeeeee.sila berkongsi asam pedas dr sanerr ;) Saya nk try masak!

5 comments

  1. hee lainnye dengan asam pedas kat melaka ni kak :)
    ni lebih kurang macam kalau kat kampung suami eazy
    orang kedah pun buat asam pedas camni
    tapi kat melaka orang panggil ni masak pindang :) makan dengan nasi panas2.sedappp

    ReplyDelete
  2. eazy : owg kelantan pny asam pedas mcm ni lerr,,heheh lebih kurang macam pindang..nak resipi asam pedas melaka boley ;) heeeeeeee...

    ReplyDelete
  3. lina..ni resepi asam pedas melaka turun temurun my family;

    bawang merah 8ulas (blend)
    bawang putih 3-4 ulas (blend)
    cili kering (blend)
    serbuk kari ikan (1sudu)
    air asam jawa (buat pekat)
    halba
    daun limau
    bendi/terung/tomato

    cara2:
    1.panaskan minyak
    2.tumis halba, jgn sampai hangus
    3.terus masukkan bawang putih merah yg dah blend..tumis sampai naik bau
    3. masuk serbuk kari yg dicampur sikit air..tumis lagi
    4. masuk cili kering..gaul2..tumis sampai terbit minyak / tumisan masak
    5. masuk air asam jawa..tumis lagi...kemudian tambah air
    6. masukkan bendi/terung kalo suka
    bila dah mendidih,masukkan ikan dan daun limau (buang urat tengah tu utk elakkan rasa pahit)
    7. masuk garam secukup rasa
    8. tunggu mendidih sekali lagi..kemudian tutup api dan boleh hidang

    tips: asam pedas melaka selalunya kuah dia pekat sikit...setengah tempat letak daun kesum, tp orang umbai macam saya letak daun limau & serbuk kari sikit...kalo nak buat asam pedas daging sama jugak resepi dia, tukar kpd serbuk kari daging..terung/bendi tukar dgn kentang...masukkan daging dgn kentang awal sikit (selepas tumis cili kering supaya empuk)..

    ok tu je...slmt mencuba =)

    ReplyDelete
  4. lina..ni resepi asam pedas melaka turun temurun my family;

    bawang merah 8ulas (blend)
    bawang putih 3-4 ulas (blend)
    cili kering (blend)
    serbuk kari ikan (1sudu)
    air asam jawa (buat pekat)
    halba
    daun limau
    bendi/terung/tomato

    cara2:
    1.panaskan minyak
    2.tumis halba, jgn sampai hangus
    3.terus masukkan bawang putih merah yg dah blend..tumis sampai naik bau
    3. masuk serbuk kari yg dicampur sikit air..tumis lagi
    4. masuk cili kering..gaul2..tumis sampai terbit minyak / tumisan masak
    5. masuk air asam jawa..tumis lagi...kemudian tambah air
    6. masukkan bendi/terung kalo suka
    bila dah mendidih,masukkan ikan dan daun limau (buang urat tengah tu utk elakkan rasa pahit)
    7. masuk garam secukup rasa
    8. tunggu mendidih sekali lagi..kemudian tutup api dan boleh hidang

    tips: asam pedas melaka selalunya kuah dia pekat sikit...setengah tempat letak daun kesum, tp orang umbai macam saya letak daun limau & serbuk kari sikit...kalo nak buat asam pedas daging sama jugak resepi dia, tukar kpd serbuk kari daging..terung/bendi tukar dgn kentang...masukkan daging dgn kentang awal sikit (selepas tumis cili kering supaya empuk)..

    ok tu je...slmt mencuba =)

    ReplyDelete

Back to Top