Heyy ladies,,,
Lama betul tak sharing maring pasal resipi masakan buatan sendiri.Keadaan diri agak tidak berapa nak stabil, banyak sangat aktiviti hidup untuk tahun 2012.Sampaikan dapur pun dah lama tak berasap.Pinggang mangkuk periuk belanga,, agaknya dah lama merajuk ..
Dek kerana rasa teringin nak makan asam pedas melaka (
sila jangan sila paham yerr, belum sampai masa untuk mengandung lagi ;D) lepas sahaja balik dari kerja penatnya nak mencari daun kesum dekat pasar petang,, nak-nak pula bukan hari minggu,,Naseb baik jumpa..Jadi lepasla hajat kempunan nak makan Asam pedas ikan kerisi merah yang tak berapa nak menjadi sebab banyak bahan yang tak complete mcm kacang bendi & bunga kantan..Apepun i loike sebab hasil air tangan sendiri.Ok, Kalau nak lagi best guna ikan pari lagi best..apakan daya mana nak mencarik petang-petang bukan hari minggu nie..
Setelah berperang bagai dekat dapur,, inilah hasilnya asam pedas buatan sendiri tidak menyerupai & semarvellous asam pedas Melaka, takpew janji En.Husband makan bertambah-tambah ^_____________^ Nak kata asam pedas pun tak jugak,, belah2 luar dipanggil masak pindang kan, kan???
Resipi mudah main campak aje.Budak sekolah darjah 3 pun agak-agak pandai buat ;)Rasa-rasa nak cuba bolehlah try resipi saya nie..
Bahan-bahan :
3 Ekor Ikan Kerisi Merah
5/6 ulas bawang merah di blend
6/7 tangkai cili kering di blend
1 inci halia di blend
1 inci kunyit hidup di blend
4 Asam Keping
2 sudu air asam jawa
4 biji tomato
Daun Kesum
Secubit belacan
Kacang Bendi (jika ada lagi sedap,,)
Bunga Kantan ( jika ada lagi sedap)
Garam/Gula Secukup Rasa
Cara pembuatan :
Panaskan api..
Semua bahan blend tadi tu dimasukkan bersama air..Tunggu sampai air rebusan menggelegak
Kemudian masukkan ikan, daun kesum, bahan perasa & buah tomato
Agak2 ikan tu dah masak, bolehla tutupkan api..
Mudah saja kan ;) yerrr asam pedas saya buat ni tanpa menumis dengan minyak,, bukan aperrr sila kurangkan kolestrol & jaga pemakanan dari sekarang!!!errrr senang citer sebenarnya tak pandai masak resipi asam pedas dari melaka punyer..Siapa owang Melaka cpt angkat tangan,, heeeeeeeeeeee.sila berkongsi asam pedas dr sanerr ;) Saya nk try masak!