METRO HARI INI : Bayi koma dicampak bapa

MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas koma dipercayai didera bapa kandungnya yang ‘naik angin’ kerana tidak tahan mangsa kerap menangis.

Dalam kejadian pada petang Ahad lalu, mangsa yang berasal dari Jasin dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) untuk menjalani rawatan selepas tidak sedarkan diri akibat dibaling bapa kandungnya ke atas katil.

Menurut sumber, bapa mangsa berusia awal 30-an itu bertindak kejam selepas tidak tahan mendengar tangisan anak tunggalnya menyebabkannya bengkak di kepala.

Katanya, selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri, lelaki terbabit dan isterinya berusia awal 30-an panik lalu membawa anak mereka ke HM untuk pemeriksaan.

“Mangsa dirujuk ke HM pada hari sama dan selepas diperiksa doktor, bayi itu terpaksa menjalani imbasan CT Scan sebelum doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman otak dan terpaksa dirujuk ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya memaklumkan bayi berkenaan masih kritikal.

Katanya, doktor mengesyaki mangsa didera berdasarkan kecederaannya lalu membuat laporan di pondok polis hospital kira-kira jam 1 pagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi di sini mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan menyeluruh.

“Hasil siasatan, bayi berkenaan dipercayai didera dengan dibaling bapanya ke atas katil hingga cedera dan tidak sedarkan diri. Mangsa kini dirawat di ICU HKL selepas dirujuk doktor di HM,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum membuat sebarang tangkapan kerana kes masih dalam siasatan.

“Pada masa sama, ibu bapa mangsa masih menunggunya menjalani rawatan di HKL. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Melaka Dr Narimah Nor Yahaya ketika dihubungi mengesahkan bayi berkenaan kini dirujuk ke HKL selepas dimasukkan ke HM.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kecederaan mangsa kerana kes disiasat polis.

PETIKAN DARI : MY METRO
_________________________________________

Sedikit terpanggil untuk menulis entry kali ini mengenai isu di muka depan metro hari ini.Saya tak berapa nak faham dengan dunia sekarang.Sanggup buat anak sendiri macam itu.Sudah dirasuk syaitan kah atau ape....Yang si isteri pula macammana..???Adakah pandang & tengok saja apa yang si suami tu buat terhadap bayi sendiri yang baru berusia 9 bulan.Rasa nak sangat kenal & tgk sangat muka gerangan lelaki yg berperangai mengalahkan binatang!Setan punya manusia!Maaf entry kali ni agak sedikit emo & marah sebab saya pasti anda diluar sama pun berperasaan seperti saya sekarang ini..

Apa komen anda semua?Elok-elok si bapa jahat itu kena amik tindakan mahkamah @ tangkapan dibuat serta-merta.Sumbat dalam penjara..Kesian si baby tengah terlantar koma di wad! Sanggup buat anak kandung sendiri macam tuw..Kadang kala ada jugak terfikir.pasangan suami isteri yang dah lama menunggu rezeki datang untuk menimang cahaya mata sendiri bertahun-tahun lamanya menunggu, tapi belum ada rezeki..malangnya yang dapat....... buat anak sendiri macam tu pula.Huhhhhhhhhhhhh!!!

16 comments

  1. sapa la gerangan parent baby tu ? tergamak dia buat camtu kat baby .

    ReplyDelete
  2. sekarang macam2,tak sayang anak punya spesis!

    ReplyDelete
  3. hukuman setimpalnya..sian bby tu..baik dia meninggal terus dr dia hidup tapi ada kemungkinan cacat sebab kepalanya kena hentakan mcm tu..diorg mcm xhargai anak sendri,menangis sket dah xtahan...kita ni beriya nak anak, diorg bleh pulak buat anak sendri mcm tu...binatang pun sayangkan anak..

    ReplyDelete
  4. fiza : mmg tak faham dgn dunia skang!hempuk kepala si bapa tuw

    ReplyDelete
  5. genuine : bkn nak mtk bende tak elok berlaku.biasa kalau koma..fhm2 laa kan..mmg kesian sgt..dh la baby lg...

    ReplyDelete
  6. bila anak cacat otak seumur hidop baru tahu nak menyesal (marah ni)

    ReplyDelete
  7. ntah pape la org cmtuuuuu........

    ReplyDelete
  8. ini la yang jadi sis kalau mak ayah anggap buat anak tue mudah kan...


    tpi bagi piya...lelaki yang memang kaki dadah ja sanggup buat mcm tue....lelaki yang rasional xkan sanggup buat mcm tue....

    mak bapak mcmnih kena panggil dgn panggilan "bodoh" ja..sbb memang layak pun kita gelar mcm tue..

    ReplyDelete
  9. kesian sgt kat baby tu...kasi jel sampai insaffff la bapak die tu!
    agaknye dulu mase bapak die tu baby jenis xmenangis!-sakit hati jugak bace berita tu,huhu..-

    ReplyDelete
  10. mas putri : ishkk jgn doa mcm tu kat baby tu kesiannnnn tau...mtk2 die pulih kembali

    ReplyDelete
  11. saffiyahhhh : hrp2 lah kan kene amk tindakan mahkamah..huh.dk dlm jel lg bagus!

    ReplyDelete
  12. roeza : tak brapa nk fhm gn si pelaku

    ReplyDelete
  13. Dunia sekarang mmg kejam! Dunia sekarang tidak selamat utk kanak2 dan baby... !!! Ibu bapa kejam macam ni elok nye gantung kepala diaorg lepas tuh campak dari bangunan KLCC!! Hamik... biar mati terus!! Apa yg baby tu faham???? Dia nangis mesti ada sebab!!! Kalau x suka baby...JGNLAH BUAT BABY!!!! Bullshit!!

    ReplyDelete

Back to Top