overexcited!!!!!




Progress pembinaan "Baiti Jannati" berjalan dengan baik..dlm kepala otak ni dah berangan-angan nak buat deco macam mana,style macam mana dan konsep apa..berangan-angan dulu takper..;p siap dah bilang sama encik suami color apa yang menjadi pujaan hati untuk wall rumah nanti..Tiap-tiap bulan memang dah menjadi perkara wajib untuk membeli bermacam-macam majalah2 deco..Majalah-majalah fashion kita tolak ke tepi dulu..haha..Skang macam dah beralih minat konsep rumah..Dulu-dulu sangat menggilai konsep english punya stail..tapi skang ni macam dah beralih arah.Konsep moden menjadi pujaan hati..

Huhu..apepun..Tunggu ajekla teratak kecil ku ni siap.....Nak buat bunglow mewah-mewah tak terkejar dik oiiiiii...Takat-takat ni jekla yang mampu..Nipun dah bersyukur sangat-sangat, ada juga tempat untuk kami sekeluarga berteduh ...Insya- Allah tahun depan dah boleh beraya di rumah baru..Skang mari kite tengok dulu konsep yang saya dok berangan-angan nak...Jadi Mek Jenin kejap ;p

cantiknya mini landskap ni :)

dapur kering ni pun smart gak
ruang makan stylo

ruang tamu simple but nice

nota kaki : sumber2 picta dari google
15

Danials is now 07month

Pejam celik dah 07months pun....Time flies very fast..;)










46

aktiviti wajib hari minggu - Nasi Ayam

Aktiviti wajib hari minggu,mesti kene masak untuk juadah berbuka puasa!Seminggu sekali wajib suami kene rasa air tangan isteri die masak. ;p Kebiasaan hari sabtu adalah hari untuk saya memasak memandangkan hari-hari lain confirm memang tak sempat nak masak, sebab sampai kat rumah pun dah lewat, yelah balik kerja bergegas nak mengambil si kecil tu lagi ++ kepenatan badan tahap maksimun..Hari jumaat plak sama ada saya berbuka puasa di rumah emak saya atau di rumah mertua saya.Jangan tak tau,duduk senegeri ni pun kene sistem bergilir-gilir jugak ya barulah adil dan saksama..hehe.Baiklah kali ini saya mahu sharing is caring saya punya resipi.sedap punye woo!hahhaa."Ummi Lynna Chicken Rice"..

One day nanti, lepas dah pencen nanti bolehla saya bukak kedai makan Ummi Lyna Chicken Rice Shop..,sah laku punya..muahhaha..berangan la engkau Mek Jenin...







RESIPI :
Sup
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam yang telah di potong
3/4 ulas bawang putih
4/5 ulas bawang merah
1/2" halia
buah pelaga,bunga lawang & pelaga hendi (agak2 sendiri la ek)
stok ayam Knorr

Cara membuat :
Tumis kesemua bahan di atas menggunakan mentega/marjerin
Bila dah naik bau, masukkan air beserta ayam boleh juga tambah sedikit stok ayam
Garam secukupnya...
Biar gelegak sampai air ayam turun dan bolehlah tutup api (angkat ayam ayam dan toskan)

Untuk Bahan Perap Ayam(
Ambil ayam daripada sup tadi dan toskan, kemudian just tuang kicap manis dan juga sos ayam ke atas ayam) boleh di bakar/kukus/goreng terpulang kepada anda

Untuk Nasi Ayam
Basuh beras bersih-bersih, kemudian tanak nasi dengan air sup ayam tadi..

Sos Lada

Bahan-bahan:
10biji lada besar merah
2/3 ulas bawang puteh
1/4" inchi halia
cuka,garam dan gula

Bahan di atas ni, blend smua masukkan air sedikit

Sos Kicap

Just tambah kicap manis ke dalam lebihan dari perapan ayam tadi....

Ok.dah siap..Kalau tak faham, boleh tanya..kot-kot ayat saya kat atas terbelit-belit....Sebab saya tak reti betui nak susun ayatuntuk resipi .hahah ;D
9

mak anak 2 nak melaram jugak

Dah ada anak 2 pun sesi melaram tetap diteruskan.Jangan ingat cik adik bujang dan gadis-gadis jelita saja yang boleh melaram..Pn. Lynna pun nak melaram jugak oiii ;p sesi photography secara tak sengaja telah berlaku sambil-sambil kawan sekerja saya yang baik hati tengah mengasah bakatnya dalam teknik2 mengambil gambar.....!!Pergh.Terbaik ah.....Memang cantik sangat gambar yang diambil tambah-tambah tuan kat dalam gambar tu pun cantek habiss.muahhahaha!!(sila jangan angkat bakul sendiri!!)...Oklah dah tak ada apa nak kata, dah tak ada apa nak tulis...







Opss..dah-dah cukup!!Takde saper nak tengok pun gambar engkau, Pn. Lynna......
21

salam ramadhan

Lupa nak wish Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa bagi para-para blogger yang beragama islam.Mudahan Ramadhan kali ini lebih diberkati Allah s.w,t..Oh my belog macam dah tak berapa nak menarik sebab dah tatau hapa benda dah saya nak tulis..Asyik-asyik dok ulang cita sama.Sure korang smua muak tahap gabannye lah kan.Yelah mak dok ulang cito samo ajek.Naik jemu den dibuatnya!!Hehe...Sempena bulan baik ni.Jomlah kita sama-sama share resipi masakan sebagai juadah berbuka puasa.Sedap tak sedap tu belakang punya crita lah.Haha.janji en,suami makan bertambah-tambah..Habis kalo dah bertambah tu..sure sedap punya la kan..haha.takpun sebab lapar sgt.nak tak nak kena makan.hahah.Okeh okeh..kat sini Puan Lyna nak share masakan yang telah disediakan sempena juadah berbuka puasa.Simple but nice!Maklumlah balik kerja terkejar-kejar nak memasak pulak.Letih oiii! Tetapi kekadang nak jugak makan resipi n masakan sendiri sebab dah jemu dok beli lauk pauk kat pasar ramadhan yang kekadang tu taklah sesedap mana.tapi mahal jek lebeyyyyyyyyyy...

Stop talking Pn.Lynna oii!!.macam mak nenek plak engkau ni oii dok membobel di bulan puasa.Para blogger dah tak sabau-sabau nak tgk masakan yang di masak..Baiklah tanpa melengahkan masa mari kita lihat picta di bawah!!Menu di bawak adalah resipi sendiri !!Kalau nak tau resipi.tanya!! ;p



Telur Dadar Bingkisan Hati ;p


Khailan Ikan Masim Kasih Sayang
Tomyam Seafood Campur Cinta Hati


Menu istimewa berbuka puasa Pn.Lynna

Mak oii..nama resipi pun romantik habes..Haha.Selamat mencuba puan-puan sekalian.Jangan malas masuk dapur & asyik membeli saja............;p

18

'suprise Ur Love'

Since dah ramai yang bertanya kat mana saya tempah cakes for my hubby suprise burday party Baiklah disini saya akan wawarkan dimana saya menempah kek yang cute mute lagi sedap itu. Bagi para blogger yang berada di Kelantan..bolehla anda menempah kek tersebut di AMSYAR BAKER. Jangan segan silu untuk menghubungi Linda, owner Amsyar Baker......ataupun anda boleh klik saja banner di bawah sana....bermacam-macam jenis kek ada. Huh,sedap pulak tu ;)

Slogan 'Suprise Ur Love' tu sempena promosi yang bakal diumumkan tak lama lagi oleh owner Amsyar Baker..Apa yang saya tau..ianya mengabungkan hadiah, kek @ cupcake dalam suasana romantik yang akan dicipta oleh owner ini.So sesapa yang ada nak buat kejutan-kejutan istimewa untuk pasangan anda,suami tercinta,anak-anak tersayang anda,kaum keluarga, dan siapa-siapa sajalah.........bolehlah menempah di Amsyar Baker.

Baiklah blogger yang disayangi sekalian, silalah menjamu mata (saja nak kasik kecur air liur tuan-tuan,puan-puan di bulan puasa neyh ;p hehe) dengan picta-picta kek yang telah siap ditempah oleh customer....



















LAST SEKALI, MACAM KENAL JEK KEK NI ;P


Apa lagi silalah kunjungi laman : Amsyar Baker.....!


Sila tempah sekarang, sebelum booking order dan penuh untuk Raya ini ..Berani jamin memang sedap habis punya!
9
Back to Top