Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Cameron Highlands 2016

Assalamualaikum kesaiyangan Kak Lina,,

Sebab tahun 2016, satu entry pun tak sempat Kak lina nak coretkan..Kita throwback sikit sikit apa yang berlaku pada tahun 2016.Hehehe, harap korang masih sudi untuk membaca

Penghujung Disember 2016, sempat Kak Lina sekeluarga bercuti ke Cameron Higlands
Perjalanan dari Kota Bharu memakan masa 5 jam jer melalui lojing Gua Musang.
Kak Lina sampai di Cameron around jam 2.00 petang, tempat pertama yang Kak Lina pergi ialah ke Taman Lavender.
Nak masuk tempat ini berbayar yer..So kat dalam ini, uols boleh nak bergambar sepuas puasnya dan merasai ice cream lavender yang sedap itu.




Kak Lina sekeluarga menginap di Hotel Nova Resorts & Residences yang sangat sangatlah selesa. Nak parking pun senang & yang paling senang bawah hotel macam ada satu mall. Korang nak pekena Teh Tarik Place ke, Old Town White Coffee ke turun jek bawah.
Hotel ni jugak tak jauh dari Bee Farm, Rose Garden dan Cactus Valley.
Kak Lina sempat meround di Rose Garden, yang mana nak masuk ke sini pun berbayar uols



Malamnya pulak destinasi mencari tempat makan steambost best yang orang dok viral. Bila korang pergi Cameron wajib pergi tau Steamboat Taman Abang Buffet Steamboat & Grill yang terletak di pekan Tanah Rata



Keesokannya tempat yang Kak Lina pergi ialah di Big Red Stawbery Farm area Brinchang untuk menikmati buah strawbery segar.
Nak masuk ke sini tiket adalah percuma. Selain itu juga,




Kak Lina sekeluarga sempat pekena tea fresh di Cameron Valley Tea House yang terletak dalam 3km dari Tanah Rata. Pelbagai jenis teh valley yang boleh dibeli.Kak Lina pun tumpang sekaki beli sebagai ole ole untuk family dan rakan terdekat.Scones kat sini sangat best tau.






Last sekali destinasi yang paling wajib pergi, membeli sayur sayuran di Kea Farm. Kat sini macam macam sayur yang dijual dengan harga RM10 dalam 7/ 8 jenis pilihan sayur. Yang paling sodap kat sini jagung manis mutiara tu & sayuran sayuran bergoreng celup tepung.



Okay ini saja cerita percutian singkat Kak Lina sekeluarga ;) Cubba cuba jugak recall kot ada yang terlupa untuk direview.
Lain lain gambar kenangan, kalau ada Kak Lina update balik.
Oraittt nanti bersambung lagi throwback 2016.



0

Percutian ke Ho Chi Minh Vietnam

Salam ^______________^


Salam buat pembaca Kisah Lynna yang masih setia membaca setiap entry Kisah Lynna.Jenjarang sekali baru boleh update entry..Entry percutian ke Vietnam inie pun sebenarnya dah lapuk.Tapi nak jugak diupdate dekat entry sepanjang percutian ke sana.
Sempena Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan, saya suami bersama bff saya - Shikin dan juga rakan sepejabat yang lain sama- sama ke HCM Vietnam menggunakan khidmat travel agent.Guna travel agent lagi senang sb semuanya dah diatur cuma kena spend lebih sedikit duit berbanding dengan travel secara sendiri..

OK dari KLIA kami menaiki Vietnam Airlines lebih kurang jam 12.30 tghari & sampai lebih kurang jam 2 lebih..Perjalanan takdelah lama sangat..Setibanya di Saigon Airport, bas dah ready untuk pickup kami terus ke Hotel..Hotel tempat kami menginap di Thai lien Hotel, dekat sangat dengan pasar Ben Than Market tu.Malam2 boleh jalan kaki ke nak ke sana.Hotel taraf 3 bintang, oklah berbaloi dengan bayaran.Bilik pun boleh tahan luas jugak.

Hari pertama sampai tuw, dah dibawa oleh tourist guide ke Kg Melayu Champa.Kat situ tempat orang menjual kain telekung sulam, lycra yg berwarna warni trend skang tuww & mcm2 lagi lah shawl manik2 mengerlip pun banyak dijual di situ..Sebelah malam baru kami start merona di sekotar Ben Thay Market.U olls yang nak beli kain sembahyang tu jangan terburu-buru membeli di Kg. Melayu Champa sebab harga sedikit mahal.Baik beli di pasar Malam Ben THay Market aje.

Hari kedua kami disana, aktiviti ke Sg. Mekong.Pusing-pusing naik bot turun bot merentasi Sg, Mekong..Kami di bawa ke tempat perkampungan di Sg. Mekong, pelbagai barangan kulit dijual, kraftangan dari Vietnam, pakaian tradisional Vietnam. Kami juga di bawa makan ke gerai buah-buahan di sana..Memang sangat frsh & manis-manis buahan di sana.Lepas makan-makan, sambung aktiviti menaiki perahu ala-ala u olls nk menyeberangi sungai keciL ke Mundok, Thailand..HIIIhii ;p Menariknya yang mengayuh perahu nie semua terdiri dari kaum2 wanita, makcik- makcik tua...Tapi bila dah sampai kat jeti bot tu, jangan lupa nk hulur tips kat mereka..Sebab kesiankan penat-penat mereka kayu perahu yang sarat dgn muatan penumpang tidak melebihi 4 orang penumpang..

Setiba di jeti, kami dibawa ke satu tempat pembuatan coklat kelapa....Pelbagai perisa dan semuanya asli berasaskan kelapa..Kami sampai di jeti utama lebih kurang jam 2petang& perjalanan balik ke hotel memakan masa satu jam setengah..Sampai di hotel lebih kurang Jam 5.So petang tu sempatla kami ke Pasar Ben Than sebab kedai tutup pukul 7ptg di sana..Dekat pasar ni,u olls bolehla nak tempah baju kurung ke, jubah ke.Satu hari siap dijahit, keesokannya dorang akan hantar terus dekat hotel.Sempatla juga saya menempah sepasang jubah dengan membeli kain siap disana.Harga pun lebih jimat.Aktiviti di malam hari, kami hanya meronda ronda di pasar Malam Bhen Than sambil pekena air coffee best kat sana..Setiap malam wajib pekena cofee ice rasanya sangat-sangat kaw.

Hari ke 3 di sana lebih kepada hari membeli belah, apa yang banyaknya di sana spt baju kurung cotton ready made, kain pasang sulam, kain telekung tu ajekla. Hari ke 3 kami di bawa ke Chinatown, Saigon Square. Tempat yang tak sempat nk jejak di Russian Market & Hjh Basiroh..Tempat2 yang tak pergi tu kebanyakan jual kain telekung jek & baju2 dr China.

ok last day, hari kami berlepas pulang ke KB semula &tiba di KB jam 12.00 malam..Kesimpulan yang dapat dibuat dari percutian ini, yang jenis kaki shopping kain pasang kena bawak duit shoppim2 banyak-banyak.Dekat sana u olls blh guna matawang RM jugak, tak perlu tukar banyak sangat duet Dong,, Barang disana kebanyakannya murah-murah, tp part makan memang mahal tak silap seorang RM30 sekepala utk setiap kali makan..Lebih kurang 10USD seorang kena spend time makan & u olls kalau nk pergi makan di restoran HALAL yang saya blh suggest spt di Hjh Basiroh, Restoran Serai,& 1 Malaysia.
Oklahh sampai sinie dulu coretan lapuk percutian saya. Spt biasa, ada beberapa pict untuk di share sepanjang bercuti di sana :)))












8

kota kinabalu in mood :)

Hello Alls!!

Tak sempat-sempat saya nak updated entry percutian lepas ke Kota Kinabalu ;)Tak menyempat jugak nak snap gamba bebanyak semasa kat KK buat tatapan u'olls semua..Takder story sangat kat sana, cuma apa yang paling best bagi saya adalah part makan ikan bakar dekat Pasar Filipine tuww .Yang dah pernah pergi sure dah tau kan kan :) Oh ya..mengenai hotel pulak.saya stayed kat COURTYARD HOTEL betul-betul bersambungan dengan Borneo Mall..

Sepanjang kat sana sempatlah 2 x pergi ke Pasar Filipine semata-mata untuk menjamu udang bakar yang amat amatlah best.Part yang paling syokkkk tak lain dah tak bukan ialah sesi memperhabiskan duet jekla keje saya nie ;p Campak jekla saya kat mana-mana kedai waima kedai runcit sekalipun,, kalau tak keluar dengan tangan kosong tak sah..Hehehehhee... ;p Bukan apa,, bila dah tengok berbagai jenis pearl,crystal kat Sabah nie mulala berpinar-pinar biji mata.Dari  niat asal yang sekadar hendak menjenguk2 sahaja, mencuci mata dah bertukar ke niat lain.Kikiki ;p sempat juga saya merempat satu 2 jenis pearl air laut masin untuk di jadikan sbg kenang-kenangan..

Okeh before nak menamatkan entry nie, buat u'olls yang nak pergi sana..saya syorkan rent kereta jek kat sana untuk bergerak kemana-mana tempat yang u'olls nak pergi.Jangan naik cab @sewa pengangkutan hotel cajnya adalah berkali ganda :)So..takder story sangat nak hendak diceritakan..Sekadar nak update entry yang semakin lama semakin jarang dihupdate ;D Keciann my belog,,sure kecik hati punyer sebab tuannya dah lama tak menjengak masuk ;d

















10

spending quality time with family

 Heyyya,,,


Oh!!!!!it has been some time I have not updated my blog. Yes, life is hectic, what I was busy on?^________^ work + bisnesssssssssssss~Yeah, stop all the sighs,..2nd short update entry for this month ;)


I had a short Vacation with family @ Genting Highlands








14

BERSHORT VACATION 15MIN DARI RUMAH ;D

Salam Alls ^_______^

Errr..macam dah takder tempat jauh sikit yer untuk pergi bercuti.Hiihi ;p Bagi warga negeri Kelantan, sure tau kat mana saya bershort mini vacation kali ini..Hihihi.....Bukan main dekat lg dengan rumah 15-20minit dah boleh sampai sini ;)

Okay meh kasi cerita skiet apa yang dah terjadi dalam 2 minggu yang lepas.Nampak sangat kan i busyyy..sebab dah lama tak hupdate citer pasal family kesayangan ;D Actually dapat tajaan penginapan free 1 malam 2 hari dekat Renaissance Hotel Kota Bharu ;) Chewaaaaaaahh.happy ke main u sebabnya bukan sahaja ditaja penginapan di sini malahan mendapat voucher dinner for 2 person & breakfast dah tentulah termasuk dalam pakejnya sekali.My hubby bff sangatlah bermurah hati sebabnya menaja kami sekeluarga menginap di Renaissance, dapat Deluxe Suit lagi tuw u.Kalau tak silap harga 1malam around 580MYR. Apa yang best kat snie, time hendak menjamu selera pada malam hari tersebut (maap ayat tunggang langgang). Kebetulan hari yang kami pergi tu, dinner bertemakan "seafood"..Mak oiih kemain punyerla banyak lauk-pauk dan sudah tentulah semuanya menyelerakan anak teka, nak-nak dijamu dengan berbagai jenis dessert ;)

Bagi u'olls yang nak datang melancong kat Kelantan, i rekemen hotel ni kat u'olls sebab die punyer hotel boleh tahannnye best jugak & antara hotel yang the best kat Kelantan ini.Mana tak bestnya ,,sebab hotel ini bertaraf 5*** ..Ngeeeeeeeeeeeee ;p Oklah semenjak dua nie i memang takder idea langsung nk hupdate belog.Layankan jekla yer antara gambar-gambar yang sempat di candid ;D Neway tq so much dkt my hubby punye bff sempat sudi menaja kami penginapan di hotel mewah ini..







11

update later


Stay tuned!!!
6

Err..macam dah lama tak hupdate belog

Hi Peeps (if masih ada yang sudi nak baca blog yang dah bersawang bagai akibat ditinggalkan lama)...

What a hectic week.. Lame gile tak update blog nih kan...Sorry ladies! for this coming week,I couldn’t do blogwalking much or even update my blog ^___________^ It's been hectic...work, business and being a good wife..I'm pretty tired today.Terlalu banyak kursus yang dihadiri sepanjang minggu nie.Esok akan berangkat ke Port Dickson pula untuk menghadiri seminar..Uhhhhhhhhhh kesian my little twin ditinggalkan lagi ;(

Baik kite citer last week punya..Hihihih, tak larat nak ngomel panjang-panjang..Cuma last week, hari Jumaat ada pergi ber'short vacation' di Perdana Beach Resort, Pantai Cahaya Bulan..Weekend Getaway katakan..walhal dalam Kelantan jugak..Hahhaa.Takper-takper,,pucuk dicita, ulam mendatang...Rezeki yang datang jangan di tolak.Boleh pakai ke tak eh peribahasa saya nie.Heheheh ;p Dah En.Hubby ajak untuk berehat-rehat hujung minggu bersama anak-anak, apalagi saya on ajek ;)

Perdana Beach Resort ni berlokasi di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu Kelantan..Stay semalam kat sana. Okaylah sambil-sambil bawak anak main pantai.U'olls yang datang nak bercuti & berbaque, kat sini jugak ada disediakan tempat khas untuk berbbq ;)

Okaylah Lets the picta speak.

Bersama anakanda tersayang 


Bukan main seronok depa dok main pasir pantai ;)




















Erk, so many things to settle now, enough for this post,well, that's all for now..Assalamualaikum and till next entry!
28
Back to Top