Cameron Highlands 2016

Assalamualaikum kesaiyangan Kak Lina,,

Sebab tahun 2016, satu entry pun tak sempat Kak lina nak coretkan..Kita throwback sikit sikit apa yang berlaku pada tahun 2016.Hehehe, harap korang masih sudi untuk membaca

Penghujung Disember 2016, sempat Kak Lina sekeluarga bercuti ke Cameron Higlands
Perjalanan dari Kota Bharu memakan masa 5 jam jer melalui lojing Gua Musang.
Kak Lina sampai di Cameron around jam 2.00 petang, tempat pertama yang Kak Lina pergi ialah ke Taman Lavender.
Nak masuk tempat ini berbayar yer..So kat dalam ini, uols boleh nak bergambar sepuas puasnya dan merasai ice cream lavender yang sedap itu.




Kak Lina sekeluarga menginap di Hotel Nova Resorts & Residences yang sangat sangatlah selesa. Nak parking pun senang & yang paling senang bawah hotel macam ada satu mall. Korang nak pekena Teh Tarik Place ke, Old Town White Coffee ke turun jek bawah.
Hotel ni jugak tak jauh dari Bee Farm, Rose Garden dan Cactus Valley.
Kak Lina sempat meround di Rose Garden, yang mana nak masuk ke sini pun berbayar uols



Malamnya pulak destinasi mencari tempat makan steambost best yang orang dok viral. Bila korang pergi Cameron wajib pergi tau Steamboat Taman Abang Buffet Steamboat & Grill yang terletak di pekan Tanah Rata



Keesokannya tempat yang Kak Lina pergi ialah di Big Red Stawbery Farm area Brinchang untuk menikmati buah strawbery segar.
Nak masuk ke sini tiket adalah percuma. Selain itu juga,




Kak Lina sekeluarga sempat pekena tea fresh di Cameron Valley Tea House yang terletak dalam 3km dari Tanah Rata. Pelbagai jenis teh valley yang boleh dibeli.Kak Lina pun tumpang sekaki beli sebagai ole ole untuk family dan rakan terdekat.Scones kat sini sangat best tau.






Last sekali destinasi yang paling wajib pergi, membeli sayur sayuran di Kea Farm. Kat sini macam macam sayur yang dijual dengan harga RM10 dalam 7/ 8 jenis pilihan sayur. Yang paling sodap kat sini jagung manis mutiara tu & sayuran sayuran bergoreng celup tepung.



Okay ini saja cerita percutian singkat Kak Lina sekeluarga ;) Cubba cuba jugak recall kot ada yang terlupa untuk direview.
Lain lain gambar kenangan, kalau ada Kak Lina update balik.
Oraittt nanti bersambung lagi throwback 2016.



No comments

Back to Top