Cerita dah lapuk .Sambutan hari lahir Danials 4 tahun

Salam,


Haaaaaaaaaa..mesti u olls dah lama sangat kan nak tengok little twin..Hari ini nak update pasal little twin sebab dah lama bebenor tak update kisah mereka.
Nak cerita pasal benda yang dh berkurun lapuk..Hiihi sebelum masuk ke tahun baru nak update jugak pasal burday dorang sebabnya last year punya sambutan tak sempat saya nak share dkt belog oleh kerana ketiadaan masa & sangat-sangat sibuk...
Jadi Tanggal 29. Januari 2014, genaplah anak kembar saya berusia 4tahun.Dah besar sangat-sangat dorang, perangai jek tak berapa nak matured mana lagi walapun dah dihantar ke tadika..Hehehe..

Pejam celik pejam celik dah 4 tahun pun mereka, terasa lah sedikit tua saya ini kan...........Hukhuk.
Sambutan birthday mereka kali nie diadakan di kediaman saya dengan kehadiran jiran-jiran baru. Nak dijadikan cerita tahun nie sambutan sedikit meriah burday party si kembar,, oleh kerana cousin2 little twin yang dok negeri luar tu dapat sama meraikan & menyambut hari kelahiran mereka.

Sambutan dibuat secara sederhana sahaja bertemakan Minion, & saya pun tak sempat nak prepare apa apa maklum masa sambutan dorang saya tengah mengandung...makanan pun ditempah dengan pihak katering shj.Jadi takde apa nak story bagai, just nak share gambar- gambar little twin buat tatapan peminat Danial Hariz & Danial Hasif,, kamisudah kembali...
Sayang korang semua..muahhhhs.



















9

Saya Jual Minyak Kelapa Dara EVERLYNN

Salam semua,


Alhamdulillah sudah masuk tahun ke 4 saya masih berniaga produk EVERLYNN seperti biasa, oleh disebabkan itulah masa untuk menghadap/menghupdate belog macam selalu dah tak sempat . Jadi bisness masih on seperti biasa menerusi online, fb page & instagram dan  saya juga selalu membuka booth di bazar-bazar fest
serta kini mempunyai satu unit kedai kecil...Risiko untung rugi, cabaran dalam persaingan perniagaan agak sengit, & stokis agent banyak datang dan pergi begitu juga dengan customer adalah adat dan lumrah akan tetapi Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi perniagaan saya masih berjalan seperti biasa walau tidak segah dan sefemes produk jenama lain:)


Jadi hari ini saya nak panaskan balik produk jualan saya dah lama berada di pasaran jugak merupakan antara best seller produk EVERLYNN iaitu Minyak Kelapa Dara/ Virgin Coconut Oil..Spt yang u olls ketahui, VCO nie sangatlah famus oleh kerana pembuatannya menggunakan 100% natural ingredients dan diproses tanpa menggunakan haba atau kimia dimana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya..

Antara kebaikan Minyak Kelapa Dara ialah sangat bagus untuk kesihatan dalaman, dalam hubungan suami isteri,untuk kecantikan luaran, ibu mengandung,ibu lepas bersalin, ibu dalam pantang & menyusukan bayi, bayi yang mempunyai masalah kulit/eczema,yang menghadapi masalah sembelit , masalah rambut gugur, dan bagi yang u olls nak obses untuk kurus sangatlah elok amalkan diet berserta consume VCO EVERLYNN secara konsisten kerana dengan mengamalkan  VCO ini dpt membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik. Kalau nak cerita pasal khasiat VCO ini sangatlah banyak u olls.

Jadi,, untuk menyakinkan u olls semua akan keberkesanan produk ini dengan izin Allah swt,, jom kita tengok testimoni pengguna produk MINYAK KELAPA DARA EVERLYNN,,bagi  u olls yang berminat ingin menjadi reseller/stokis atau berminat ingin membuat pembelian borong VCO EVERLYNN bolehlah hubungi/whatapps saya di 012 9991901










0

Dhia Humaira 05 bulan


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t



Hari ini macam rajin sikit nak update belog,, sebab baru siap copy gambar photoshoot Dhia Humaira yang sudah pun berusia 5 bulan, jadi rasa macam ada menda yang nak di updatekan sikit.

Rasa macam cepat pulak masa berlalu kan, Dhia dah nak masuk 6 bulan pun.Time pregnant punyalah siap membilang hari sebab terasa sangatlah lama nak mengendong kandungan 9 bulan 1 hari.
Jadi hari ini alkisah ceritanya tidak ada apa apa, cuma nak kasi can kat Dik Ya (nama panggilan Dhia) pulak kali ini yerr,, nak up gambar-gambar photoshoot Dik Ya  yang diambil 2 minggu lepas. Kalau tak bukak CD album Dik Ya, gamaknya sampai tahun depanla gambar-gambar tu tak ditransfer....Jadinya agak2 entry 2014 banyak pasal cerita pasal Dik Ya jek kan hehehe sebab zaman abang-abang kembar dah berlalu. Dah 4 tahun nie memacam pulakla ragam nak merayam,,yang peel tantrum pun satu hal dah..Takpe
auntie-autie yang mana rindukan abang-abang kembar, nanti kita update lain ENTRY pulak yer..Nak carik ilham utk update belog nie, sebab lama sangat dah i olls tinggal dunia belog rasa cam jakun n kekok pulakk.

Okey, itu jek nak cerita kita bersambung di lain entry pulak.Hikss..

















8

Oktober 2014 Pembuka Tirai


Salam,,,,,,,

Fuhhhhhhhhhhhhhhhh!!
lama betul blog ni terbiar.
Last update Disember last year..dah nak masuk 1 tahun blog nie terbiar
Nak jenguk blog sendiri pun ada la 3,4 bulan sekali..

Beberapa bulan lalu blog terpaksa di 'private' kan atas sebab-sebab tertentu, & sekarang saya open balik utk tatapan followers reader & sahabat2 blogger yg masih mengenali saya.
Nie nak tulis apa pun tataw nie,, sebab begitu cepat masa berlalu dan saya pun sudah tidak sempat untuk aktif berbelog spt dahulu.

Buat awak awak semua yang dah tahu,, tahun 2014 tahun yang penuh bermakna buat saya, suami & anak2 sekeluarga sebab tahun ini pada tanggal 23.04.2014 saya telah selamat melahirkan seroang baby girl,, seorang jek taw kali ini hehehe yang diberi nama "DHIA HUMAIRA',, maka dengan ini secara automatik si kembar dah menjadi abang-abang..Little twin pun dah berusia 4 tahun sekarang,, wahhh sungguh cepat masa berlalu.Bertuahnya Dhia Humaira ini kerana sempat bertahnik/membelah mulut dgn tokoh ulama terkenal & tersohor iaitu Tuan Guru Hj. Nik Aziz Nik Mat..Bukan senang-senang & nak dapat peluang taw bertahnik dgn Tuan Guru Ini..Mudahan Dhia Humaira menjadi anak yang solehah, cerdik pandai,& menghormati orang tua bila dewasa nanti.

Jadi untuk entry ini, takde citer apa yang menarik..Cuma nak berkongsi kegembiraan saya telah mempunyai ahli keluarga baru yang kini sudahpun berusia 5 bulan.Oleh disebabkan lama sangat saya tak update belog,, saya nak kongsikan gambar baby girl saya nie banyak banyak..
Hehe,, insya Allah bertemu lagi kita di lain hari.



















10
Back to Top