Percutian ke Ho Chi Minh Vietnam

Salam ^______________^


Salam buat pembaca Kisah Lynna yang masih setia membaca setiap entry Kisah Lynna.Jenjarang sekali baru boleh update entry..Entry percutian ke Vietnam inie pun sebenarnya dah lapuk.Tapi nak jugak diupdate dekat entry sepanjang percutian ke sana.
Sempena Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan, saya suami bersama bff saya - Shikin dan juga rakan sepejabat yang lain sama- sama ke HCM Vietnam menggunakan khidmat travel agent.Guna travel agent lagi senang sb semuanya dah diatur cuma kena spend lebih sedikit duit berbanding dengan travel secara sendiri..

OK dari KLIA kami menaiki Vietnam Airlines lebih kurang jam 12.30 tghari & sampai lebih kurang jam 2 lebih..Perjalanan takdelah lama sangat..Setibanya di Saigon Airport, bas dah ready untuk pickup kami terus ke Hotel..Hotel tempat kami menginap di Thai lien Hotel, dekat sangat dengan pasar Ben Than Market tu.Malam2 boleh jalan kaki ke nak ke sana.Hotel taraf 3 bintang, oklah berbaloi dengan bayaran.Bilik pun boleh tahan luas jugak.

Hari pertama sampai tuw, dah dibawa oleh tourist guide ke Kg Melayu Champa.Kat situ tempat orang menjual kain telekung sulam, lycra yg berwarna warni trend skang tuww & mcm2 lagi lah shawl manik2 mengerlip pun banyak dijual di situ..Sebelah malam baru kami start merona di sekotar Ben Thay Market.U olls yang nak beli kain sembahyang tu jangan terburu-buru membeli di Kg. Melayu Champa sebab harga sedikit mahal.Baik beli di pasar Malam Ben THay Market aje.

Hari kedua kami disana, aktiviti ke Sg. Mekong.Pusing-pusing naik bot turun bot merentasi Sg, Mekong..Kami di bawa ke tempat perkampungan di Sg. Mekong, pelbagai barangan kulit dijual, kraftangan dari Vietnam, pakaian tradisional Vietnam. Kami juga di bawa makan ke gerai buah-buahan di sana..Memang sangat frsh & manis-manis buahan di sana.Lepas makan-makan, sambung aktiviti menaiki perahu ala-ala u olls nk menyeberangi sungai keciL ke Mundok, Thailand..HIIIhii ;p Menariknya yang mengayuh perahu nie semua terdiri dari kaum2 wanita, makcik- makcik tua...Tapi bila dah sampai kat jeti bot tu, jangan lupa nk hulur tips kat mereka..Sebab kesiankan penat-penat mereka kayu perahu yang sarat dgn muatan penumpang tidak melebihi 4 orang penumpang..

Setiba di jeti, kami dibawa ke satu tempat pembuatan coklat kelapa....Pelbagai perisa dan semuanya asli berasaskan kelapa..Kami sampai di jeti utama lebih kurang jam 2petang& perjalanan balik ke hotel memakan masa satu jam setengah..Sampai di hotel lebih kurang Jam 5.So petang tu sempatla kami ke Pasar Ben Than sebab kedai tutup pukul 7ptg di sana..Dekat pasar ni,u olls bolehla nak tempah baju kurung ke, jubah ke.Satu hari siap dijahit, keesokannya dorang akan hantar terus dekat hotel.Sempatla juga saya menempah sepasang jubah dengan membeli kain siap disana.Harga pun lebih jimat.Aktiviti di malam hari, kami hanya meronda ronda di pasar Malam Bhen Than sambil pekena air coffee best kat sana..Setiap malam wajib pekena cofee ice rasanya sangat-sangat kaw.

Hari ke 3 di sana lebih kepada hari membeli belah, apa yang banyaknya di sana spt baju kurung cotton ready made, kain pasang sulam, kain telekung tu ajekla. Hari ke 3 kami di bawa ke Chinatown, Saigon Square. Tempat yang tak sempat nk jejak di Russian Market & Hjh Basiroh..Tempat2 yang tak pergi tu kebanyakan jual kain telekung jek & baju2 dr China.

ok last day, hari kami berlepas pulang ke KB semula &tiba di KB jam 12.00 malam..Kesimpulan yang dapat dibuat dari percutian ini, yang jenis kaki shopping kain pasang kena bawak duit shoppim2 banyak-banyak.Dekat sana u olls blh guna matawang RM jugak, tak perlu tukar banyak sangat duet Dong,, Barang disana kebanyakannya murah-murah, tp part makan memang mahal tak silap seorang RM30 sekepala utk setiap kali makan..Lebih kurang 10USD seorang kena spend time makan & u olls kalau nk pergi makan di restoran HALAL yang saya blh suggest spt di Hjh Basiroh, Restoran Serai,& 1 Malaysia.
Oklahh sampai sinie dulu coretan lapuk percutian saya. Spt biasa, ada beberapa pict untuk di share sepanjang bercuti di sana :)))












9 comments

  1. My first time on your blog :)...
    Being a great fan of a t-shirt and pair of jeans,I must tell you that I like your outfit very much.
    Many greetings :)...

    ReplyDelete
  2. Wow...bestnya. Teringin gak nak pi Vietnam =)

    ReplyDelete
  3. ho chi minh best tuk yg nak soping je..... atau pon balik nak bisness kain baju telekong bagai.... hihihi

    makan mmg mahal... air kopi segelas pon dah rm8 kannnn...


    lama x singgah sini.... :)

    ReplyDelete
  4. Salam.. tq for sharing info about vietnam.. bebaru ni, bila hubby cakap nak jalan2 tak? Vietnam, hongkong, atau korea. Hah.... terus I google ... hehe

    ReplyDelete
  5. http://shafidotdot.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Tengah cari pengalaman orang ke HCMC. Sbb g sendiri, tak guna travel agent. Perkongsian yang menarik dan berguna.

    ReplyDelete
  7. Salam Perkenalan.
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. hurm...will be the next vacay on my list nih.. :)

    ReplyDelete

Back to Top