homemade triffle

Ramai friendlist dimukabuku bertanya macam mana cara nak buat Triffle.Baiklah tanpa melengahkan masa saya cuba berkongsi resipi mudah untuk korang semua cuba.Ok la saya bagi resepi untuk triffle yang sangat senang nak buat ni..


Antara buahan-buahan dalam tin yang saya guna



Sos kastard lapisan paling atas dicampur dengan susu cair dan jugak sedikit esen vanilla & air buahan dalam tin


Lapisan paling atas



BAHAN-BAHAN :

1 swiss roll perisa vanilla
1 tin buahan campuran/fruit coctail
1 tin buah peach
1 tin buah strawbery
1 kotak jelly crystal ( tak kira brand apa pun boleh )


RESEPI UNTUK CASTARD :

1 tin susu sejat
1/2 tin air buah-buah dalam tin
3 sudu besar tepung kastard


CARA MEMASAK CASTARD

1. Panaskan susu cair dengan api sederhana
2. Masukkan castard yang telah dibancuh dengan secawan air
3. Masukkan air buahan dalam tin
4. Masukkan jugak setitik esen vanilla
5. Kacau perlahan-lahan sehingga 10-15minit dan tutup api

* Apabila dah suam sedikit baru dituang ke atas lapisan agar-agar jeli.

* Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul .

*Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard

CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :


1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 2 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek.Basahkan kek swill roll dengan air buah dalam tin.

2.Ambil separuh buah dalam tin dan tuangkan ke atas kek swill roll sehingga rata.

3. Bancuh jelly crsytal di atas api mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan ke atas lapisan swill roll yang telah ditutupi dengan buahan dalam tin tadi.

4. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan agar-agar jeli tadi dan biar sampai sos castard sejuk .

5. Habiskan kesemua buah dalam tin dan susunlah diatas sos castard tadi dan boleh dihiaskan dengan potongan buah strawbery dan peach didalam tin


Lapisan Triffle

- Paling bawah adalah kek swill roll yang telah dilapisi dengan buahan dalam tin.
- Lapisan ke dua di lapis dengan agar-agar jeli mengikut perasa kegemeran masing-masing.
- Lapisan atas sekali, adalah lapisan sos kastard dengan taburan buah peach dan jugak strawberry..

Dan hasilnya adalah seperti berikut-:

Tadddaaaaaaa.. Inilah Hasilnya

nota kaki : kalau letak whipped cream lagi best!!!!!


Haa dah siap pun sharing resipi ni, ape lagi jangan lupa buat yerrrrrrr!! ;)SELAMAT MENCUBA!

22 comments

  1. macam sedap je triffle ni lyna! hehehe ok2 i'll try!

    ReplyDelete
  2. Lynna, yang no.4 (tuang soso castard yang dah dimasak secara perlahan2 atas jeli..), kena tunggu jeli mengeras sikit baru tuang sos castard atau boleh tuang je sos castard tu walaupun jeli masih lembik?

    ReplyDelete
  3. uish dap nyer...x maw wat,,,nk yg akk wat

    ReplyDelete
  4. lina rahim : lps dah tuang jeli tu..bg die mengeras dahulu baru taruk sos castard...bler dah siap tuang jeli..pergi buat sos kastard..bler sos kastard dh siap.jeli tuh dah mengeras pun..;)

    ReplyDelete
  5. qaseh : kene cuba la watt ;) heeeeeeee..kalu asyk dk beli jek,.mmg mahal tau rm45 1trail

    ReplyDelete
  6. slm..akak...tetiba2 sy jd rse klaparan nk mamam mnde alah ni..auuu (:

    ReplyDelete
  7. kak lynna...bole x nk link FB?
    yg dulu tu bkn dah deactivate ke?
    igtkn kak lynna dah buang account..huhu

    ReplyDelete
  8. hmm nice!thanks for sharing..memang nak cuba

    ReplyDelete
  9. k.lynna dh lama i cr resepi triffle yg simple dan senag paham cam ni.most of the recipe utk wat triffle semuanya susah nk paham...cun la kak..pasni bley la i buat

    wat la entry tips2 make up plak

    ReplyDelete
  10. redredaleart..dah buat new acc ..search juliethoney k ;)

    ReplyDelete
  11. mrs fareast : hehehe.mujur faham..rasanya dah buat ayat mudah utk bg orang smua faham baca :)

    ReplyDelete
  12. wah...tgk gmbor pun udah tertarik..boleh ai salin resepi nih???...

    ReplyDelete
  13. azyanie :cubala wat yek dah share tu resipi

    ReplyDelete
  14. shilla : silakan :) mmg utk dikongsi bersama

    ReplyDelete
  15. emm nyum2 la lynna...b4 ni makan jer..nnt nk try la..use ur recipe..:)

    ReplyDelete
  16. kak lynna,

    saya ada buat triffle nih..

    jemputlah ke sini,

    http://shirashafrida.blogspot.com/2011/04/my-passion-homemade-triffle.html

    ReplyDelete

Back to Top