berbalik pd entry 3 Dis 2009

masih ingat dengan entry di bertarikh 3 dis 2009


beria-ria kami booking kereta itu akhir tahun lepas
selepas launching nya model kenderaan perodua baru
setelah berpuas hati dengan keputusan yang dibuat
kami pun tempahlah kereta tersebut
dengan harapan akan dapatla sebelum si kembar keluar
malangnya kereta masih tidak sampai-sampai
sedangkan owang lain dah berduyun pakai di atas jalan raya
nak kata ikut giliran....
booking dah berbulan lamanya masih tak dpt
complain pny complain di HQ
ada sdikit spoil ditempat kami membuat tempahan kereta itu....
dan datangnye beberapa masalah lagi.
sangat bengang dengan ketidaktelusan owner showroom itu
uhhh..panas betul hati saya dan en.suami..
memotong mood betul
akhirnya kami telah "cancel" dari membeli kereta itu
alza yang menjadi idaman kami terkubur begitu sahaja
takpelaa..tak kesah pun.
insya Allah kereta lain yang kami telah booking dari 2 minggu lepas akan sampai esok hari.
ehehe..sgt gumbira okeh!
penantian berakhir juga walaupun bukan dengan kereta Alza..........

x dapat yang kat ats nie pun takpe...sebab dpt yg kat bwh.;p


dan esok, kereta berjenama ini menjadi kereta baru kami sekeluarga ;)

7

bila emak dah start berposim kembali...........



muka tak seberapa semengah
tapi gila mahu ljuga berposim
ibu si kembar tak mau melepaskan peluang
nak jugak bergambar di dalam saat-saat berpantang.
kurangnya dapat jugak dijadikan momento
untuk si kembarnya......
semenjak dah ada anak
diri tak terurus
mata panda + rambut magee + muka macam mayat
opps..jangan tatau dah berminggu aku tak syampoo rambut
penjagaan muka.usah kata
nak cuci muka pun mcm terkejar-kejar
macam nielah bila dah jadi ibu.........
semua nak difokus kat anak-anak
harap anak-anak dah besar nanti
hormat dan mendengar cakap ibu nya......;)
29

dah masuk 3minggu pun








***pictas di ambil ketika hari ke-2 deliver



my twin baby dah masuk usia 3minggu pun
sungguh cepat masa berlalu ;)
berat mereka pun dah naik..
pipi pun cam dah montell sket......
neyh yang buat ibu bertambah suka
okeyh....progress dowang spt berikut-:

Danial Hariz : from 2.11kg to 2.6kg

Danial Hasif : from 2.46kg to 3.0kg


mudahan cepat-cepatlah yek membesar dengan sihat ;)
19

terima kasih nuffnang

oh mak engkau!excited giler!!
jakunnya aku..dapat duet dari nuffnang..terover excited
macamlah pembelog lain tak penah dapat
bukannya apa..belog aku nie tidakla sehot dan sehebat belog blogger-blogger lain..
sejaknya aku berdaftar dengan nuffnang dan setiap kali aku bukak aku punya akaun nuffnang
pendapatan aku statik rm0.00....
huuhuh..dari hari itu aku decide dah mls nak jenguk2 akaun nuffnang aku tuwh......
sedeh sebab akaun aku macam tak aktif!!
dahla aku sendiri tak pandai nk letak header footer pemasangan iklan.....
abis 1000 usaha daya aku cuba
akhirnya berjaya jugak aku letak benda alah tuw..
entah tetiba jek tergerak hati camner terasa nak log in akaun nuffnang
cek-cek pendapatan.
uhh tak menyangka aku mempunyai pendapatan rm74.++
biarlah owang nak gelakkan aku jakun pun
& maybe pendapatan aku tak sebanyak pendapatan kowang
rm74 tu dah banyak oke..dah lps buat beli 3 diapers huggies baby aku neyh..ahaks!
sesi penebusan bermula!!
time kaseh jugak kat blogger-blogger yang sudi nak klik-klik kat sebarang iklan yang dikuarkan oleh nuffnang..jasa anda amatlah dihargai..;)





apepun terima kasih nuffnang........!
22

berpantang laranglah aku ketika ini

kahwin sudah..mengandung pun sudah....beranak pun sudah
now masa untuk aku berpantang larang.
.....kenapa perlu berpantang larang selepas bersalin
biasalah dah namanya adat tradisi dari zaman-zaman dulu kala lagi
nk kekal tubuh badan sihat cantik ramping keramping
perlu berpantang itu ini.......wajin okeh!!
adakalanya aku terlanggar jugak pantang larang time bersalin neyh
mari kita tinjau apa yang aku sedang berpantang larang sekarang -:

- wajib memakai bengkung siang dan malam selama 44hari..konon2 untuk mengempiskan perut dan mengelakkan perut buncit oke! - mmg menjadi..perut aku pun dh kelihatan sedikt kempis.ahaks.

- perlu berurut dan bertungku sekurang-kurangnya 10hari untuk membetulkan sistem peranakan kite........fuuhhh...bru selesai 12 hari..ada lagi 8hari lg.

- waktu tengahari : makan ikan bakar shj + sup sayur ..sayur pun hanyalah lobak,kubis dan carrot......manakala waktu pagi : air milo dan beberapa keping biskut/roti kosong (adakalanya ada jugak aku ciluk makanan2 yang tak berapa digalakkan utk makan ketika berpantang)..hoohoh ;p

- makanan sejuk,pedas,berminyak perlu dijauhi bg mengelakkan kita sakit urat dsb......juga mengelakkan effect kepada baby.......tersilap makan..baby pun boley jd sakit perut..esp bg ibu2 yg breastfeed bayi mereka.

- tgh berdarah nifas..rambut..tak boley potong..kening tak boley dicukur..& seangkatan dengannya la..

- perlu duduk bersimpuh rapat-rapat atau berlunjur.......dilarang keras duduk bersila sepanjang 44hari ini..

-mandi pun 2kali sehari jek dgn air suam @ panas......neyh jugak untuk mengelakkan masuk angin..

- stoking perlu dipakai walaupun di dalam rumah.....keadaan ini berlarutan lebih2 kurang sebulan juga.......

- makan nasi cukup sepinggan..pantang larang owg tua2..dah makan tak boleh menambah lagi..dikhuatiri boleh jd gemuk la..(betull ka mitos nie??mcm-mcm)

- tak boleh keluar rumah sepanjang berpantang.yang nie awl2 aku dah langgar..sb terpaksa kan..bawa baby ke klinik...

- dilarang keras mengangkat benda-benda berat dan membuat kerja-kerja berat semasa selepas bersalin dikhuatiri bentan kembali

- last but not least......sila jauhi bersama suami..hohooh..sekurang-kurangnya 100hari bagi mengekalkan kecantikan dalaman kite..sistem2 baru nak pulih..apa salahnya berehat seketika.....
bagi para-para suami harap bersabar dan memahami isteri anda.

okeh..nielah berpantang larang yang tengah aku hadapi sekarang.sangat buhsan oke.
demi nak cantek tubuh badan walau taklah secantek mana..proses-proses berpantang perlu ku jalani dengan sabar..dah tak lama dah..lagi 24hari..yuhhhhhuu..!
14

x terlewat nk wish kt my cousin....








suke giler tgk decorate pelamin akad nikah mereka....saya amat menggilai roses pink ;)


congrats to my cousin -munir + heleena,,,,
happy newly wed
sangat teruja melihat wedding kowang
memang malatop ok!
mudahan kowang bahagia hendaknya.....
& cecepat timang baby..hehe


10

kini dah jadi satu family...........





sila abaikan muka kami yang tak semengah..maklumla sesama tak ckup tduw ;p


hari ni dah masuk hari yang ke 17 berpantang.
opps..asyik menghitung hari saja kerja saya
mana taknya terpaksa berpuasa dari memakan makanan yg lazat-lazat
juga dah tak sabar saya nak melihat dunia luar
huuhu.asyik berkurung di rumah saja.......memang bosan
apakan daya macam niela adat berpantang..
dah hampir masuk minggu ke 3
saya pun dah pandai menyesuaikan diri
untuk meng'handle" twin saya.....
penat usah kata la..
malam tak ckup tduw
mata dah jadi macam mata panda itu perkara biasa
apa yang penting di dalam tempoh berpantang
displin amat penting......
masa untuk saya memasang badan kembali.
dah tak sabar mau melaram dengan baju-baju lama oke.
alhamdulillah berat kembali ke tahap yg normal..
53kg dr 62kg....
satisfied.....cume perlu berusaha utk lebih selim sedikit lagi.
;p
22

2 weeks old

mood berbelog skang asyik bercerita tentang my little twin..hikhik..

susah betui nak snap pict mereka.tak moo pandang camera..


latest progress tentang little twin saya di usia 2minggu :

1)bila si abang tersedar yang si adik pun pasti tersedar sama.

2)bila salah sowang tuw " uuu.ukk" yang sowang lagi pun " uu.uuk" sama...

3)kekadang bersin pun sama-sama.

4)gaya tidur pun hampir sama

yang paling melotehkan time kedua2 nak susu..ayokk..kene bergilir-gilir..
tapi si adik agak kurang nak menyusu bdn..saya terpaksa perah dan bagi melalui botol..


21

get well soon my baby...............






Alhamdulillah.today dah genap 2weeks my twin..My baby pun dah beransur sembuh.
After jek saya deliver,baby terus admit di NICU (Neonatal Intensive Care Unit) sebab hypo..
oleh kerana saya langsung tak makan da whole day before deliver..Dats y my baby terkena hypo.Sangat sedey okey baby takdek bersama saya..sok kan harinya saya dah boley kuar ward.tp my baby still kat ward..saya kat umah baby di ward..hari-hari nangis terkenangkan my baby &gelisah memikirkan mereka..hendak ke hospital jahitan luka saya masih belum sembuh..
air susu plak kering smp terpaksa panggil mak cik urut datan urutkan..

Tuhan saja yang tau betapa sakit waktu tengah bengkak ++ sb baby tak start breastfeed lagi selepas saya deliver.Nak tak nak saya terpaksa pump sy pny air susu utk bg kat my twin..So everyday my hubby bawakan ke hosp..3 days baby kene admitted kat ward.Akhirnya leh discharge dan baby dibawa pulang ke rumah..terasa lapang kejap hati saya...

Doc kasi app date around 3days utk check % kuning my baby..tapi sy tak ke hosp kerajaan sb tak sampai hati tgk dowang asyk kene inject utk amik darah..terus ke klinik pakar sebab dowang menggunakan peralatan digital untuk mengetahui tahap peratus kuning tanpa perlu mengambil darah baby.. % kuning baby saya semakin naik......about 270%.. perlu admitt ward sekali lagi..hati mula tak keruan kembali.tak sampai hati nak berpisah dgn my twin dan tgk tangan mereka lebam hari-hari kene inject utk amk darah....

Akhirnya saya menyewa blue fotocopy di klinik pakar utk dipasang di umah .Rate sewaan RM230 utk stiap satu lampu /day.Its better sebab saya boley pantau..Lagipun my sis doc.pediatric.So die leh tengok2 kan progress my baby..mmg kesian okehh..kene pakai pampers shj..3jam kene duduk terlungkup 3jam kene duduk terlentang dengan mata tertutup.
my twin dah jd mcm zorro..Dowang menangis kejap ajek..kemudian dah serasi dgn benda alah tuw..........After 2days kene jemur di bawah sinaran lampu biru..Pergi check up balik.
Alhamdulillah % mereka dah turun dan skang keadaan makin stabil......


** blogger yang disayangi sekalian.,,ada sesapa yang tau tak, ubat @ petua utk mengurangkan rasa sakit n bengkak pd breast..hari-hari saya terpaksa pump setiap kali air susu keluar,.Tak sempat nk breastfeed scr serentak..Terpaksa bergilir-gilir.Pepun enjoy being a mother ryte now.owang ckp "berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul"..yeah its true..Adakalanya saya memang mengalami tekanan yang amat sangat tapi ini merupakan satu amanah..Sebagai ibu perlu berkorban apa saja demi anaknya...Memang seronok ada anak kembar, tengok keletah mereka yang hampir sama..juga saya bernasib baik mempunyai kembar yang tidak meragam di malam hari mahupun di siang hari.Ibu sayang kamu berdua ;)
33

doa seorang ibu..............


anak-anak ibu yang disayangi,
kamulah harta-harta yang tak ternilai olehku,
moga kalian membesar dan menjadi insan yang diredhai Allah swt
serta menjadi anak yang soleh
abah dan ibu sayang kamu berdua..
22

special gift for valentine

....opps..kite sebagai umat islam tidak digalakkan menyambut hari kekasih seperti di negara barat.
cume apakah kaitan dengan tajuk entry saya kali ini.....
hehe.saja nak menghangatkan belog setelah berminggu lamanya tidak berbelog..
rasanya baru 12hari saya deliver twin baby..ini bermakna baru 12 hari saya tidak menyempatkan diri untuk online..........
banyak sangat cerita2 yang mahu di story kan.tapi tunggulah dahulu.............-okay.okay back to the topic.bagi anda para-para wanita,isteri sekalian yang terasa mahu menghadiahi sesuatu buat suami kesayangan anda.......silalah jenguk my belog online shop.oleh kerana saya baru sahaja mengupload 3 perfumes CK for men............perfume original punya yah siap dengan boxes skali ;)
sengaja mengadakan entry sempena hari kekasih..... sekadar untuk menghangatkan belog perniagaan saya....
okeh..jangan lupa untuk terjah di : wardrobe-us.blogspot.com


-ok permisi dulu,kembali berehat menjaga si kembar- ;)
1

presenting our newborn baby........

from left : our first twin (D.Hariz) & second twin (D. Hasif)

ITS' A BOY ;)
69

twin deliver............

alhamdulillah.........penantian berakhir jua..
dengan izin Allah swt
saya telah selamat melahirkan bayi kembar lelaki

" DANIAL HARIZ & DANIAL HASIF BIN HIRMAN "

secara normal pada 29 Januari 2010, bersamaan hari Jumaat tepat jam 8.40 dan 8.47mlm.. :)
saya memerlukan sedikit ruang dan masa untuk beristirehat juga membiasakan diri
setelah bergelar seorang ibu...




TEMPORARY AWAY.....................
120
Back to Top