Kisah percintaan opps percutian ;p

Esok dah Disember.Wah tersangatlah cepat masa berlalu.Lagi satu bulan dah nak masuk tahun baru.Cerita percutian yang dah lama basi, siap tumbuh kulat cendawan, baru terhegeh-hegeh nak menghupdate kisah percutian saya bersama en.suami dan anak-anak bujang tersayang.Turut serta bersama pada percutian lalu ialah my sista merangkap pembantu saya (The Nanny) hehehe..
Walaupun percutian sempoi di dalam negara sendiri selama beberapa hari,best juga asalkan bersama family tersayang..Baik-baik tanpa membuang masa korang nak scroll down panjang-panjang baca cerita saya ni. Baik terus layan gambar-gambar sepanjang percutian singkat saya di sana ;p Lokasi? Korang faham-faham sendirilah,,buat-buat tak kenal plak ye ;p

















-TAMAT-
23

sehari bersama farah adeeba & awin seindah wajah ;)

Okay sebelum entry ini terperam menjadi ikan pekasam sepertimana entry-entry lain baik saya terus "publish" kan(pandai-pandai buat grammar sendiri ;p)LOL..Buat tatapan blogger yang disayangi sekalian.Mai belek gambar-gambar saya bersama my bff sempena Bengkel Makeover & Grooming yang dianjurkan oleh Farah Adeeba Host TV9 & Awin Seindah Wajah - Makeup Artis gabungan bersama tauke koleksi Najjah. Tempat dibuat di Hotel New Pacific -Kota Bharu.




Kalo tak shopping memang tak sah ;p
bersama make up artis awin seindah wajah


cantek kan kak farah adeeba ini ;)
model pada hari itu -beeha yang penah masuk Gadis Melayu 2

Kak Farah ajar cara nak putar lilit belit shawl ;p

comelnye beeha macam anak patung


belah kiri saya Cepgu Sara aka dealer Najjah..
muka saya yang dah siap di 'smokey eyes' kan - rupa macam burung hantu daa..

yang lain-lain sila view sendiri ye..x larat den nk taruk caption ;p


















Banyak lagi sebenarnya tapi cukupla dulu untuk tatapan korang semua.Terima kasih daun keladi sebab sudi scroll down sampai habis, kalau ada masa jengukla lagi ;p

23

auntie-auntie semua sure rindu danials kan ;p

Asyik-asyik cerita pasal umi saja, mari kita cerita pasal kami plak okayh ;p Kami budak kecik yang masih baby ye..Hehe..Okay u olls semua, kami dah nak masuk 10 bulan..Diulangi 10 bulan, lagi 2 bulan cukup 1 tahun.Yeayy!Masa tu leh kami leh sambut burday ramai-ramai.Kat sini kami nak tunjuk gambar latest kami.Cute tak?Sure lah kan kami lagi cute dari umi kami..Hehe ;p




Opss, cukupla ini saja picta dari kami untuk auntie-auntie sekalian sebab kami tau antie semua rindu sangap kat kami kan?kan?..Hehe ;p(Sambil tayang gigi baru naik!;p) Sebenarnya masih banyak lagi picta-picta kami, tapi umi kami sengaja tak moo tayang takut ada orang terpikat dengan anak bujang die..



Salam sayang peluk cium dari Danials...
32

what i'm loving right now

Im just a girl that loves makeup....The difference between MAC and all other brands is that MAC is high end brand and like they say you get what you pay for and MAC is kinda pricy but you get your money’s worth (:




A good blush does a lot for the face. When the right shade is chosen, blush not only adds color, but it can help brighten your face and give a healthy, luminous glow. Along with mascara, blush is a favorite of mine and its a product I use every day. I've been using the MAC blush for over a year and I find that its my go to, every day blush. Its actually made me fall in love with the MAC Mineralize blushes and I plan on trying more shades.








26

Buat follower baru, jangan berkecil hati

Buat follower baru saya, terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi jugak nak menjenguk belog saya yang tidak seberapa ini dan juga sudi menjadi follower baru saya.. Jangan berkecil hati yer sekiranya saya tidak menjenguk belog anda buat masa ini.Saya cuba untuk tidak menghampakan anda semua.Chewahhh,ayat tak boleh blah!!Macam aku ni artis..hehe.

Saya faham sangat-sangat perasaan kecik hati bila kita koment ke, jadi follower belog yang tip top.Usah nak di balas apa yang kita koment waima nak jenguk belog kita lagilah tidak..Cuma saya letakkan di fikiran saya, mungkin blogger tu tak sempat nak balas dek kerana terlalu banyak sangat koment yang diterima takpun die busy..Mungkin beliau amik masa untuk balas satu persatu komen peminat yang diterima ;p Apa yang penting saya tanam dalam kepala otak ini, think +ve dan sebab itu jugalah saya tak mau dilabel sebagai blogger yang sombong....!!Lagipun siapalah saya ni, berbelog sekadar suka suka sahaja ..


Jadi kepada blogger-blogger yang baru menapak di belog saya, jangan fikir saya ini sombong ye sebab tak ziarah belog korang....Bukan tak nak ziarah belum ada kesempatan oleh kerana mengalami sedikit gangguan talian internet.Terputus mood juga untuk menghupdate belog ini.Bila dah stabil nanti, sudah pasti saya akan meluangkan masa untuk menjengah belog-belog anda yang pastinya menarik juga.Okay jangan segan-segan untuk tinggalkan link anda di sini supaya mudah untuk saya .Sama jugak dengan follower-follower lama yang say "hye" dekat kotak jerit saya ;) Sila tinggalkan link anda supaya mudah saya nak menjengah dan juga leh linkkan di belog saya..


Salam Sayang dari Lynna Shaari
34

Bertemu bakal jutawan secara tak sengaja

Bertemu dengan bakal jutawan secara tidak sengaja..;) Tiada apa yang mustahil didunia ini..sebab saya tersangatla kagum dengan beliau..Seusia dengan saya tapi rasanya beliau dah ada semua yang diinginkan.. Usaha beliau membuatkan hasil walaupun sebelum ni hanyalah duduk di rumah menjaga anak-anak tersayang siapa sangka sekarang dah merata negara telah dijelajahinya ..Sebab itu saya mengatakan saya telah bertemu bakal jutawan.Tak salah mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan seperjuangan.

Baiklah permulaan cerita..ketika sedang syok menyopping di outlet MAC ..tetiba ternampak seorang perempuan yang penuh bergaya dan agak familiar di dunia blogger ini.Dah setled-setled membuat pembayaran di kaunter, terus saya menyapa beliau ..Mulanya agak segan, tapi empunya diri dah di depan mata.apa salahnya saya menegur beliau...Huhhh.mesti anda tertanya-tanya..Beliau ini adalah siapa...??

Orangnya adalah Honey To The Bee....Siapa yang tak kenal Hanis Haizi.. Bagaikan Premium Beauty Set dengan Hanis tak dapat dipisahkan..PB Set dengan Hanis tersangat sinonim..Baru berusia 26tahun tapi dah mampu untuk memiliki segala-galanya di usia terlalu muda ini...yang saya sendiri masih berangan-angan untuk memiliki ;) Saya percaya rata-rata para blogger telah menjadi follower blog beliau..Hanis Haizi sangat friendly orangnya.Walapun sempat bersembang dalam beberapa minit, terasa seperti dah kenal lama..

Sebagai tanda kenang-kenangan antara kami, seperti biasa sempat jugak merakam sekeping 2 picta ;) Sila abaikan muka saya yang tengah serabai..




nota kaki : sebelum anda tertanya-tanya di mana Hasif,,Hasif sedang lena tidur di hotel bersama ayahnya ;)
8

percutian sudah tamat

Percutian sudah tamat tapi masih malas untuk membuka cerita-cerita percutian saya.Kali ini saya nak cerita mengenai diri saya sahaja..Opps bukahkah sebelum ini pun dah asyik-asyik bercerita tentang diri saya sampai korang semua dah tentu jemu dan mual-semualnya.Sila tahan perut anda ;p Sebab saya nak tayang gambar-gambar yang di ambil ala-ala photoshoot oleh my besties.Tujuan photoshoot secara tak sengaja untuk menguji lense yang baru saja dibelinya.Sekian ;)









Keterangan Lanjut Tentang Model Tak Bertauliah :

Crumple Shawl from Al-Humaira' Contemporary

Inner Shawl from Najjah Muslimah Collections

Mini Kurung from Embun Collections

Silver Brooch from Pameran Kraftangan
18

mood : berholiday


AWAY



Time untuk saya merehatkan otak,penat badan dan juga ilang segalamala stress ditempat kerja juga dengan pengeposan barang-barang customer.Yang dah make payment, barang akan di pos bermula Rabu depan.Harap sabar menanti.Bagi Puan Lynna peluang berehat2 kejap sambil bershopping yerr bersama En.hubby dan juga Danials tersayang ;)

Bye-bye Kelantan..
10

Hijau Kuning Bersama Hero2 Tersayang

Tema majlis warna orange tapi saya sabotaj burday party anak sepupu kepada en.hubby sebab tatau pun dowang siap ada warna-warna tema.Datang majlis dengan semangat pasukan Kedah,Kuning Hijau..Seronok sangat tengok sambutan hari lahir Batrisyia Adenin yang pertama 1 Tahun macam-macam aktiviti yang diadakan.Tak sabar tunggu tahun depan sebab nak sambut juga majlis hari lahir kembar heroku ini ;)Dah tak lama dah kembar heroku nak mencapai usia 1 tahun.Sekejapnye masa berlalu kan kan...







16

Dunia Kembar

Wahhh.seronoknya sebab saya dah jumpa ramai blogger yang ada anak kembar macam saya.Siap jumpa blog mummy kepada kembar 3. Macammana lah yek mereka semua ini dok menjaga anak kembar 3...Saya yang kembar 2 ni pun tak terluah dek kata-kata bagaimana nak menghandle kembar hero saya tu :)Penat tak terkira..Tapi apepun pasti kite semua rasa sangat-sangat bersyukur dan dalam masa yang sama seperti bertuah sebab dikurnia dan dianugerahkan anak kembar.Pergi jenjalan kat mana-mana pun mesti menjadi tumpuan orang.Mesti ada yang datang nak menyapa kembar ke ni..kembar laki ke pompuan??Haihhh..Sampai tak terlarat nak menjawab..

Baiklah,, mari saya share belog-belog mommy twin yang terhebat ini ;)


Faris & Fauzi, Fahmi




Aryan & Arman



Nur Ariana, Nur Afrina & Nur Adriana



Muhammad Aryan & Muhammad Arman



Last sekali,, aikkk yang nieh pun nak interprame jugak kah..Anak saperla ni ek.Hehe yang neyh wajib interprame sebab anak tuan empunya belog ini.Nama??? Ala sure korang semua dah tau kan ;p

Saper-saper mommy twin kat luar sane yang masih belum xchange link dengan saya.Jom sesama kita bertukar link yahh! ;)
32
Back to Top