"Bengkung untuk Ibu pantang bersalin"

Bengkung untuk Ibu pantang bersalin dan kecantikan badan





Perlukah saya memakai bengkung?
Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.

Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?
Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim.. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.

Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang?
Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.

Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?
Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih.

Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya?
Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja?
Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!

Perlukah memakai minyak dengan bengkung?
Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang..

APa yang saya ketahui..bagi para-para ibu yang melahirkan anak secara pembedahan @ caeseran tidak dibenarkan untuk berbengkung..hanya mereka yang melahirkan anak secara normal saja dapat berbengkung..oleh kerana saya tidak mempunyai pengalaman,amat memerlukan bantuan para-para ibu kat luar sana..set apakah yang elok dipakai untuk selepas bersalin..ramai yang syorkan saya menggunakan produk Sendayu Tinggi & Nona Roguy..Bagi sesiapa yang pernah mengguna sebarang jua jenis produk & set selepas bersalin..sila2 lah berkongsi dengan saya...jasa baik anda amatlah dihargaii ;)

18 comments

  1. hhhiii..nice&interesting blog...i'm following ur story since before u get married...i'm following urs...
    don't hesitate to visit my blog and it's great pleasure if u following mine too...
    btw...take care of ur health!!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hhhiii..nice&interesting blog...i'm following ur story since before u get married...i'm following urs...
    don't hesitate to visit my blog and it's great pleasure if u following mine too...
    btw...take care of ur health!!!

    ReplyDelete
  4. tq ;) will visit ur blog....keep on blogging

    ReplyDelete
  5. bengkunyg last sekali tuh paling senang pakai..elok pun elok....baiti paki tue la maser dlm pantang...heheheh..mmg senang...nak bukak senang nak pasang balik pun senang....

    ReplyDelete
  6. http://desire-able.blogspot.com/ dulu my sister guna bengkung ni.it really helps a lot..tapi utk ceaser mmg xdigalakkan kangsung guna bengkung..

    ReplyDelete
  7. I pakai cap Mustika ratu. Bole pakai sendiri tanpa bantuan dan sangat best. harga juga banyak murah. RM40 lebih kurang. Cuma sehelai kain tebal (kanvas kot namanya) saiz lebih kurang 6 inci lebar panjang berjela ada la kot lebih 4 meter. Nak pakai, tahan nafas sikit pusing2 lilit kepada perut biar kemas. Lepas siap pakai, body macam anak dara you!Sebijik body wanita indon (mcm la mek indon xda yang gemox). Terus bole pakai kebaya! Ngeh3

    ReplyDelete
  8. kak lynna consider my suggestion : use leesa formula. my kakak angkat use it since her first child n now she had 5 but maintain the body just like she was single!

    ReplyDelete
  9. karipapsayur :wah..wah teruja lyna dgr neyh,,yeke..mmg barut perut die pny cost rm40 sumthings jek..yg jd bratus sb 1set tu dh siap mcm2..gn pilis ler.param ler..lyna pun tatau nk pakai ape..yg mana elok..silap makan karang,,kepanasan.tu yang tak nak tuw

    ReplyDelete
  10. hai lynna, boleh check di link brikut ya.. saya ada baca ttg bengkung yg suitable for you.....


    http://mamamodern.com
    http://bengkungmoden.com

    ReplyDelete
  11. hye..i terjumpa blog u..well i pun dh deliver my first baby...i guna nona roguy..produknya mmg ok..i beli on9..geng2 bengkung mia ni jugak laa..i pakai bengkung mia ni jugak..pergh mmg dlm pantang tu sesak perut pakai bengkung nk dptkan blk bentuk bdn..my advise (frm own experience laa ni)no matter wat ppl suggest this product laa that product...do this and do that..in the end nk jaga bdn kita spy sihat cantik cun-melecun cam before kawen tu adalah semangat diri sdr..mesti kuat mesti kuat..n pemakanan yang ideal good and healthy utk breastfeed baby and jg badan..gud luck ya...

    ReplyDelete
  12. da-untouchtable : yehh..kene betul2 rajin....nie klo pakai skerat jalan..ada yang tak menjd karang..hehhe..displin tu after beranak

    ReplyDelete
  13. cup!
    bak kata mak nora, bengkung yang cam gini tak sesuai coz keketatannya tidak lah dijamin. masa nora dlm pantang dulu, nora paki bengkung yang kain nya 10meter tu. aduh memg penat nak ikat, tapi hasilnya mujarab..fitting pinggul pun tak lebar.

    ikutlah mana yang terbaik, coz nora org jawa, jd semuanya ala2 jawa. mmg best!

    ReplyDelete
  14. hi.. i nak share dengan u pengalaman i.. i dah ada 2 anak & kedua-dua pengaman pantang, memang berbeza.. i memang galakkan semua yang berpantang pakai bengkung.. sebab masa pantang semua kena jaga.. u boleh refer kat link nie..

    http://awomanstale.blogspot.com/2009/09/own-testimoni-transformation.html

    Anyway, enjoy your pantang moments & welcome to motherhood..!

    ReplyDelete
  15. juliet.. nk gak bg testi..
    kin da try bengkung ni. bg pendapat kin la kan..pendapat ye.. bkn nk kondem ke ape tau.. pndpt.

    Anak 1st kin pki sendayu tinggi nye RM40 tu. yg ikat silang..bengkung ni mmg effortless la nk pki.. just silang2 jekan.. tp 1 je prob die.. cepat longgar pastu die mcm then turun ke bawah..pastu isi perut terkeluar dr celah2 lilit tu.. tp boleh jugak pakai..xde mslh.

    Anak 2nd..kin pakai yg mcm karipap sayur.. kain pnjg giler..jenis kain anduh..nk ikat kena gi ikat penjuru bengkong kat tiang @ tepi tingkap.pastu lilit badan.. bengkong Indonesia kot.. yg ni okeh.. selesa.. mmg betul leh ramping cam anak dara balik..kin beli ngan makcik yg urut kan kin RM80..

    tu pendapat kin la..

    ReplyDelete
  16. Hi dear...jes nk share...tradisional bengkung sgt leceh...
    cube pakai PREMIUM BEAUTIFUL...org bersalin secara pembedahan pun bleh pakai!!!ia direka khas untuk kesihatan dan kecantikan dalaman wanita...rugi klo kita tak pakai!!!!wanna know more..pls visit my blog k :)
    http://myfamilybiz4u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. hi salam kenal dan ziarah..
    saya c-ser.bengkung bleh tapi kena guna bengkung moden, yang zap tu :)

    ReplyDelete
  18. hai Lynna.I just wanna share something about berbekung. my mom lahirkan adik sy melalui operation. my mom pon berbengkung gak tp ikatan tu kena longgar. xleh seketat org yg lahirkn ank normal. =)

    sekian. nnti jgn lupe postkan gmbr baby2 tau. I really enjoy reading ur blog=)

    ReplyDelete

Back to Top