Boredom...

It's been a boring day for me.
Dari pagi sampai petang..melepak aje..
Tengok TV, makan-makan..baca magazine smp terlena..
I hate being bored, having nothing to do.

So now, untuk mengurangkan my boredom, I decided to stim cake (roti kukus).
he he. I know this sounds totally boring, but this is basically my typical Saturday.
Okay my pressure cooker dah menguap. My roti kukus is ready to eat..
Hee..hee..

RED BEAN STIM CAKE (ROTI KUKUS KACANG MERAH)





Bahan-bahan

  • --Doh--
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh yis segar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 1/4 cawan air suam
  • --Inti--
  • 2 genggam kacang hitam / merah
  • 6 sudu gula pasir
  • sedikit minyak

Cara-cara

  1. Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
  2. Larutkan gula dengan air suam.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Bahagikan doh kepada 10 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
  5. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan (bunjutkan kulit), bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
  6. Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.

3 comments

  1. masak jah tau...
    mkn pun byk...
    :P

    ReplyDelete
  2. hobi sy memasak.
    hehehe..juga makan
    ;D

    ReplyDelete
  3. giler sedap la kak ..nati buli masak utk sayeph kekke ;p

    ReplyDelete

Back to Top